Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NTUC ‘kecewa mendalam’ Lazada berhentikan pekerja tanpa berunding

Jan 5, 2024 | 7:01 PM
TIDAK BERUNDING: Lazada memulakan langkah pemberhentian kerja tanpa memberitahu dan berunding dengan Kesatuan Pekerja Makanan, Minuman dan Bersekutu (FDAWU).
TIDAK BERUNDING: Lazada memulakan langkah pemberhentian kerja tanpa memberitahu dan berunding dengan Kesatuan Pekerja Makanan, Minuman dan Bersekutu (FDAWU). - Foto ST

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan kerabatnya yang mewakili pekerja Lazada Singapore Pte Ltd, Kesatuan Pekerja, Makanan, Minuman dan Yang Berkaitan (FDAWU), meluahkan “kekecewaan mendalam” mengenai tindakan pemberhentian pekerja syarikat itu.

Pemberhentian pekerja itu dilapor oleh media antara 3 dengan 4 Januari 2024.

NTUC berkata, dalam satu kenyataan pada 5 Januari, Lazada memulakan pemberhentian pekerja itu tanpa memberitahu dan berunding dengan FDAWU walaupun kesatuan tersebut mewakili syarikat beribu pejabat di Singapura itu.

Ia menambah bahawa FDAWU telah menghubungi Lazada untuk mengatakan kekecewaan mereka dan tindakan itu tidak boleh diterima, dan perkara tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

“NTUC ingin menegaskan bahawa adalah penting syarikat bekerjasama dengan kesatuan mereka bagi memastikan proses adil dan saksama dijalankan untuk melindungi kepentingan semua pekerja, terutama pekerja teras warga Singapura kita,” kata NTUC.

“Syarikat mesti menimbangkan semua pilihan lain sebelum membuat keputusan memberhentikan pekerja.

“(NTUC) juga merayu kepada syarikat agar mengambil berat masa pemberhentian pekerja dan seboleh-bolehnya mengelak melakukannya semasa musim perayaan,” tambahnya.

Pada 3 Januari, The Straits Times melaporkan bahawa Lazada memberhentikan sejumlah pekerjanya di Singapura, tanpa mendedahkan jumlahnya.

Mengenai pemberhentian pekerja itu, jurucakap Lazada berkata: “Kami sedang membuat penyelarasan proaktif untuk mengubah tenaga kerja kami, untuk memperbaiki kedudukan kami ke arah cara bekerja yang lebih kemas bagi memenuhi keperluan perniagaan pada masa hadapan.”

Jurucakap itu enggan mendedahkan bilangan pekerja di Singapura atau Asia Tenggara yang terjejas dan sama ada kakitangan telah menerima pakej pemberhentian.

Beliau hanya berkata: “Transformasi ini memerlukan kami menilai semula keperluan tenaga kerja dan struktur operasi kami untuk memastikan Lazada berada pada kedudukan lebih baik untuk menjadikan perniagaan dan pekerja kami kekal relevan pada masa depan.”

ST difahamkan bahawa pusingan pemberhentian kerja itu dijalankan pada Oktober 2023.

NTUC berkata Institut Pekerjaan dan Kebolehkerjaan akan membantu FDAWU mencari peluang pekerjaan baru untuk pekerja yang diberhentikan.

Anggota kesatuan dan pekerja terjejas boleh menghubungi FDAWU di 6737-6088 semasa waktu kerja atau menghantar e-mel kepada fdawu@ntuc.org.sg untuk mendapatkan bantuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg