Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Olam nafi laporan media tentang penipuan forex $68b di Nigeria

Sep 11, 2023 | 04:12 PM



Kumpulan Olam pada Isnin berkata bahawa ia “menafikan secara mutlak” dakwaan yang dibuat dalam laporan media baru-baru ini tentang unit Nigeria, Olam Nigeria, dan anak syarikatnya yang terlibat dalam penipuan berbilion dolar.

Sahamnya jatuh apabila ia kembali berdagang pada Isnin, jatuh 11 sen, atau 8.6 peratus kepada $1.17 pada 2.06 petang. Syarikat itu telah meminta dagangannya dihentikan sebelum pasaran saham dibuka sementara menunggu pengumuman itu.

Syarikat gergasi makanan dan pertanian itu berkata bahawa “ia menafikan semua kenyataan tidak berasas dan menghasut” dalam dua rencana yang diterbitkan di dalam talian oleh Daily Nigerian dan PrimeBusiness Africa minggu lalu.

Bagaimanapun, memandangkan bentuk dakwaan yang dibuat, lembaga pengarahnya telah mengarah jawatankuasa audit untuk “menjalankan kajian semula berkenaan perkara itu”. Ia akan dibantu peguam dan dan pengaudit luaran.

Kededua rencana mendakwa bahawa Jabatan Perkhidmatan Negara menyiasat Olam Nigeria, Kumpulan dan anak syarikatnta atas dakwaan penipuan yang melibatkan lebih AS$50 bilion ($68 bilion).

Mereka juga menyatakan bahawa Olam dikatakan menyalurkan AS$34 bilion kepada Bank Pusat Nigeria menerusi jalan khusus seperti pengimportan modal pada kadar rasmi, sebelum melakukan transaksi pertukaran asing dengan menjual kepada perniagaan lain pada kadar pasaran selari.

Dalam kenyataannya, Olam berkata bahawa rujukan kepada jumlah AS$50 bilion dan AS$34 bilion adalah “jelas tidak tepat dan dicipta untuk mengelirukan.”

Ini kerana perolehan terkumpul kumpulan Olam di Nigeria dari tahun kewangan 2015 hingga tahun kewangan 2022 berjumlah AS$14 bilion, dengan nilai pengimportan modal bagi keseluruhan kumpulan di negara itu berjumlah hanya AS$2.4 bilion.

Ia menekankan bahawa “tiada pengarah rekaan” di Olam Nigeria seperti yang didakwa Daily Nigerian dalam rencananya, dan juga tidak mempunyai “rangkaian syarikat tanpa operasi perniagaan yang aktif” seperti yang dinyatakan dalam laporan PrimeBusiness Africa.

“Semua anak syarikat Olam Nigeria dibentuk untuk tujuan korporat yang sah dan diaudit oleh firma ahli EY Global di Nigeria,” kata kumpulan itu.

Olam juga menjelaskan bahawa rujukan dalam kedua-dua laporan mengenai insiden Ivory Coast 2021 – dengan kumpulan itu diarah membayar penghantaran balik mata wang asing – silap menyebut jumlah pampasan sebagai AS$262.7 juta, berbanding jumlah sebenar 2.925 bilion CFA franc, atau AS$4.8 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >