Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasar raya rintis pamer harga seunit mulai Sep bagi bantu pengguna

Aug 27, 2025 | 4:03 PM
pasar raya, FairPrice, Sheng Siong, Prime, Cold Storage, Giant
Lebih 150 cawangan pasar raya akan memaparkan harga seunit bagi barangan keperluan terpilih seperti beras, daging, makanan laut dan susu formula. - Foto ST

Program perintis untuk membantu pengguna di pasar raya membandingkan produk runcit dengan lebih baik merentas jenama dan saiz berbeza akan dilaksanakan dari 1 September hingga 26 Disember.

Menurut The Straits Times, lebih 150 cawangan FairPrice, Sheng Siong, Prime, Cold Storage dan Giant akan memaparkan harga seunit bagi barangan terpilih seperti beras, daging, makanan laut dan susu formula.

Sebagai contoh, harga beras dan susu formula mungkin dipaparkan mengikut kilogram, atau bagi setiap 100 gram – sekali gus memudahkan perbandingan antara produk dengan jenama kerana ia menggunakan unit serupa.

Ini merupakan kerjasama antara rangkaian pasar raya, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) dan Persatuan Pengguna Singapura (Case).

“Ia bertujuan meningkatkan ketelusan harga dan membantu pengguna membuat keputusan pembelian yang lebih termaklum dengan membandingkan harga merentas saiz dan jenama produk yang berbeza,” kata CCCS dan Case dalam satu kenyataan bersama pada 27 Ogos.

FairPrice, Sheng Siong dan Prime akan merintis harga unit dari 1 September hingga 26 Oktober, manakala Cold Storage dan Giant dari 31 Oktober hingga 26 Disember.

Dalam tempoh tersebut, pengguna mungkin didekati firma tinjauan pasaran yang bekerja dengan CCCS untuk mendapatkan maklum balas bagaimana paparan harga unit boleh diperhalusi agar ia memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik.

Presiden Case, Encik Melvin Yong, berkata negara seperti Britain dan Australia telah memperkenalkan harga unit, manakala Case melakukan sedemikian untuk lebih 6,000 barangan di aplikasinya, Price Kaki, sejak 2023 dan menerima maklum balas positif.

Beliau menambah: “Saya berharap dapat melihat harga unit diterima pakai oleh semua peruncit utama di Singapura dan sekali gus memperkasa pengguna untuk membeli-belah dengan yakin dan mendapatkan nilai terbaik untuk wang mereka.”

Untuk maklumat lanjut, lungsuri pautan, https://go.gov.sg/unitpricing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg