Premium
Pasaran ketat pekerja dijangka reda akhir tahun ini
Jul 30, 2022 | 5:30 AM
TERUSKAN TRANSFORMASI: Dr Tan (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Aux Media Group, Encik Kei Choong, menarik perhatian pentingnya perusahaan meneruskan usaha transformasi mereka untuk kekal berdaya tahan semasa lawatannya ke studio Aux Media Group itu. - Foto BH oleh DESMOND FOO -
PASARAN pekerja yang ketat sekarang dijangka reda dalam beberapa bulan akan datang sedang jumlah pengambilan pekerja bukan penduduk di sini terus pulih, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.
Berkata demikian kepada media semasa lawatannya ke syarikat penerbitan media dan acara, Aux Media Group, di Kallang Avenue semalam, Dr Tan menarik perhatian pentingnya bagi perusahaan meneruskan usaha transformasi mereka untuk kekal berdaya tahan dalam keadaan yang tidak menentu ini.

