Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pekerja wanita, muda, pertengahan kerjaya jadi tumpuan

M3 akan bantu pekerja manfaatkan sumber nasional, selaraskan usaha pertubuhan Melayu/Islam
Jun 10, 2022 | 05:30 AM



JAWATANKUASA panduan M Kuasa Tiga (M³), yang dibentuk bagi memperkukuhkan keupayaan tenaga kerja Melayu/Islam, akan membantu para pekerja memanfaatkan sumber nasional sambil menyelaraskan usaha pertubuhan Melayu/Islam (MMO), menurut pengerusinya Encik Mohd Fahmi Aliman (gambar).



Ini membolehkan Jawatankuasa Bidang Tumpuan Keempat (FA4) memantau usaha bagi membantu para pekerja dalam peningkatan kemahiran dan pemadanan kerja.



Encik Fahmi berkata, FA4 telah mengenal pasti tiga golongan pekerja yang akan diberi tumpuan iaitu pekerja pertengahan kerjaya, golongan wanita yang ingin kembali dalam pasaran pekerjaan serta golongan pekerja muda yang baru memasuki bidang pekerjaan.



"Menerusi jawatankuasa ini, MMO dapat menyelaraskan sokongan dan mengenalpasti sama ada pekerja itu perlukan latihan kemahiran atau dipadankan dengan pekerjaan,



"Mereka boleh dirujukkan ke e2i (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) di bawah NTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan). Dengan ini, kita dapat memanfaatkan sumber nasional yang lebih luas,'' jelas Encik Fahmi, dalam wawancara dengan Berita Harian (BH) semalam.



FA4 dibentuk pada Jun 2020 di tengah-tengah pandemik Covid-19 bagi membantu para pekerja meningkatkan keupayaan mereka dan memastikan mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam pasaran.



Sebelum ini, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad mempengerusikan Jawatankuasa FA4 sebelum diambil alih oleh Encik Fahmi, pada akhir 2021. Encik Zaqy kini merupakan penasihat jawatankuasa itu.



Jawatankuasa itu mempunyai wakil daripada Yayasan Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), e2i dan NTUC Learning Hub. Satu lagi kumpulan ialah Kumpulan Sokongan Pemerintah diwakili anggota Kementerian Tenaga Manusia (MOM), SkillsFuture Singapura (SSG), Tenaga Kerja Singapura (WSG), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Berkongsi salah satu usaha itu, Encik Fahmi, yang juga pengarah sekretariat divisyen operasi dan mobilisasi NTUC dan Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, berkata Mendaki misalnya telah menandatangani perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan NTUC Februari lalu sebagai sebahagian daripada strategi FA4.



Ini membolehkan Mendaki mempertingkatkan usaha menggalak lebih ramai pekerja Melayu/Islam menyertai program pekerjaan dan daya kerja nasional dan menempatkan pekerja Melayu/Islam dalam industri pertumbuhan, seperti dalam teknologi dan ekonomi hijau.



"Kita ingin pekerja pertengahan kerjaya, pekerja gig atau pun suri rumah misalnya yang ingin mendapatkan pekerjaan tetap untuk dirujukkan kepada sumber lebih luas di peringkat nasional, diteliti jurang kemahiran, disediakan latihan dan dipadankan dengan pekerjaan atau sektor pertumbuhan,'' jelas Encik Fahmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >