Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelan tindakan digital baru bagi pacu sektor maklumat, komunikasi

Sektor infokom kembang 8.6% pada 2022, pelan tindakan baru sokong pertumbuhan lanjut
Jun 5, 2023 | 6:34 PM
USAHA DIGITAL BARU: Pengarah urusan serantau Amazon Web Services (AWS) untuk Asia Pasifik dan Jepun, Encik Rahul Sharma (empat dari kiri), dan penolong ketua eksekutif untuk media, inovasi, komunikasi dan pemasaran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Encik Justin Ang (empat dari kanan), meraikan pelancaran Pusat Inovasi Bersama (JIC) pada 5 Jun 2023 di Bangungan PIXEL IMDA.
USAHA DIGITAL BARU: Pengarah urusan serantau Amazon Web Services (AWS) untuk Asia Pasifik dan Jepun, Encik Rahul Sharma (empat dari kiri), dan penolong ketua eksekutif untuk media, inovasi, komunikasi dan pemasaran Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Encik Justin Ang (empat dari kanan), meraikan pelancaran Pusat Inovasi Bersama (JIC) pada 5 Jun 2023 di Bangungan PIXEL IMDA. - Foto ZAOBAO

SEBUAH pelan tindakan ketersambungan digital baru telah dilancarkan pada Isnin untuk menyokong pertumbuhan sektor maklumat dan komunikasi.

Menurut pelan tindakan itu, sektor maklumat dan komunikasi Singapura mencapai peningkatan 8.6 peratus pada 2022, mengatasi pertumbuhan 3.6 peratus yang dicatatkan oleh ekonomi keseluruhan.

Pelan tindakan ini telah digubal oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Ia diumumkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, menjelang sidang puncak tahunan Asia Tech x Singapore, yang bermula pada Selasa.

Sempena sidang puncak itu, IMDA dan Amazon Web Services (AWS) telah melancarkan Pusat Inovasi Bersama (JIC) untuk memadankan perusahaan dengan syarikat pemula untuk memacu inovasi.

Terletak di bangunan PIXEL IMDA, pusat itu akan menggunakan Wadah Inovasi Terbuka (OIP) – di mana IMDA menghubungkan perusahaan dengan penyelesaian teknologi – untuk me-[Ϟ]madankan isu dengan kemahiran penyelesaian masalah daripada syarikat pe-[Ϟ]mula.

Mengulas tentang pelan tindakan baru itu, Cik Teo menyatakan bahawa prasarana ketersambungan digital mungkin memerlukan masa pendahuluan yang panjang untuk membina ke-[Ϟ]upayaan, manakala permintaan biasanya meningkat secara mendadak.

“Sekiranya kami mengambil pendekatan semua pelaburan infrastruktur digital dibuat tepat pada masanya, akan ada terlalu banyak peluang yang terlepas,” katanya.

Beliau menambah bahawa rancangan pelan tindakan itu akan meletakkan Singapura dalam kedudukan yang lebih baik untuk merebut peluang daripada trend teknologi baru muncul dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI) generatif dan sistem autonomi.

Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan, pemerintah akan membangunkan tiga aspek prasarana digital – infrastruktur fizikal, infrastruktur fizikal-digital dan infrastruktur sokongan.

Untuk infrastruktur fizikal, pemerintah berharap meningkatkan ketersambungan tradisional. Ini termasuk rangkaian kabel bawah laut, satelit, jalur lebar, mudah alih dan WiFi.

Pelan tindakan itu komited untuk menyediakan kapasiti untuk menggandakan bilangan kabel bawah laut dalam tempoh 10 tahun akan datang. Data telegeografi menunjukkan bahawa Singapura pada masa ini mempunyai 26 kabel.

Bagi infrastruktur fizikal-digital, pemerintah berharap membolehkan interaksi yang lebih besar antara komponen infrastruktur digital yang berbeza dan komponen infrastruktur fizikal.

Contoh-contoh inisiatif tersebut ialah Wadah Digital Terbuka (OIP) di Daerah Digital Punggol. Platform ini akan menghubungkan sistem daerah yang berbeza dan membenarkan perkongsian data dan fungsi kawalan melalui lapisan kebolehoperasian.

Menurut pelan tindakan ketersambungan digital baru itu, OIP juga menggunakan AI dan pembelajaran mesin untuk mengoptimumkan sumber utiliti dan tenaga manusia untuk mencapai sasaran kemampanan dan menyokong operasi perniagaan pintar seperti robo-[Ϟ]tik.

Bagi infrastruktur sokongan, pemerintah akan berusaha untuk meningkatkan Stack Utiliti Digital Singapura (DU) bagi meluaskan faedah transaksi digital yang lancar.

Ini termasuk pengesahan identiti digital, e-pembayaran dan e-invois, pengesahan dokumen dan pertukaran data.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg