Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemilik jenama fesyen Charles & Keith dinobat Peniaga Terbaik 2024

May 17, 2024 | 6:20 PM
Encik Wong memainkan peranan penting dalam mengubah Charles & Keith daripada sebuah peruncit kasut di Pusat Beli-Belah Amara kepada jenama fesyen dengan identiti tersendiri.
Encik Wong memainkan peranan penting dalam mengubah Charles & Keith daripada sebuah peruncit kasut di Pusat Beli-Belah Amara kepada jenama fesyen dengan identiti tersendiri. - Foto  CHARLES & KEITH GROUP

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama fesyen dan aksesori, Charles & Keith, Encik Charles Wong, dinobatkan sebagai Peniaga Terbaik Anugerah Perniagaan Singapura (SBA) 2024.

“Hari ini, kami melihat pelbagai produk kami diterima oleh masyarakat di seluruh dunia, yang membawa kegembiraan yang amat sangat kepada pasukan saya.

“Melihat ke hadapan, kami akan terus komited untuk meraih hasil kuasa transformasi dalam bidang fesyen (dan) menawarkan satu pengalaman yang mudah didapati, yang memberi aspirasi dan amat menggembirakan, dengan jenama kami,” ujar Encik Wong.

Empat pemimpin perniagaan lain juga menjadi pemenang dalam kategori lain pada 16 Mei semasa majlis makan malam gala di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore, lapor The Straits Times (ST).

Ini merupakan anugerah ke-39 SBA, yang dianjurkan bersama oleh akhbar The Business Times dan syarikat logistik sedunia, DHL.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, yang menjadi tetamu terhormat pada majlis itu, menyatakan bahawa Singapura mesti “berusaha sedaya upaya” menggalak penggunaan kecerdasan buatan (AI), yang melebihi sekadar menjadikan syarikat amat produktif dalam industri tertentu, agar faedahnya dapat “menyerap merentasi pelbagai industri dan aktiviti ekonomi”.

Oleh itu, pemerintah ingin bekerjasama dengan industri untuk memenuhi aspirasi Singapura dalam AI.

“Kami telah mengetepikan pembiayaan besar dan menyatakan matlamat khusus dalam mengembangkan kumpulan pencipta, pengamal dan pengguna AI di sini,” tambahnya.

Pemerintah akan menubuhkan pusat kecemerlangan AI bagi industri pengilangan menjelang akhir 2024, kata Cik Teo.

Ia juga sedang bekerjasama dengan penyedia huraian AI untuk menyediakan wadah percubaan untuk perniagaan kecil menguji pelbagai huraian AI generatif.

Selepas pencalonan terbuka, para pemenang ditentukan oleh satu panel dianggotai wakil daripada sektor awam dan swasta.

Panel 2024, yang terdiri daripada 11 hakim, dipengerusikan mantan pengerusi syarikat Singapore Airlines (SIA), Encik Stephen Lee.

Encik Wong memainkan peranan penting dalam mengubah Charles & Keith daripada sebuah peruncit kasut di Pusat Beli-belah Amara kepada jenama fesyen dengan identiti tersendiri, menurut panel penilai.

Beliau juga memulakan usaha pendigitalan operasi syarikat itu, dan melancarkan laman e-dagang, walaupun pada ketika amalan beli-belah secara dalam talian belum menjadi kebiasaan.

Charles & Keith, yang ditubuhkan pada 1996 oleh Encik Wong dan saudara lelakinya, Encik Keith, kini mempunyai hampir 700 cawangan di lebih 30 negara, selain perniagaan dalam talian yang menembusi hampir 60 negara.

Pemenang dalam kategori lain termasuk anugerah CEO Cemerlang yang dimenangi CEO Keppel, Encik Loh Chin Hua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg