PEMULIHAN sektor-sektor ekonomi di Singapura tidak serata meskipun ekonomi dijangka tumbuh melebihi 6 peratus tahun ini.
Sektor perkilangan dijangka terus kukuh tetapi sektor yang teruk terjejas dengan Covid-19 seperti penerbangan dan pelancongan, dijangka semakin buruk, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).