Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengangguran naik; pasaran pekerja makin perlahan: MOM

Sep 14, 2023 | 03:36 PM



Dalam tanda-tanda terkini bahawa pasaran pekerja Singapura semakin perlahan, pengangguran meningkat pada Julai dan permintaan terhadap pekerja menurun pada suku kedua 2023.

Pengangguran keseluruhan ialah 2 peratus pada Julai, meningkat berbanding 1.9 peratus pada Jun.

Kadar untuk rakyat Singapura ialah 2.9 peratus pada Julai berbanding 2.8 peratus pada Jun, menurut data Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

“Bagi penduduk - rakyat dan penduduk tetap digabungkan - kadar meningkat sehingga 2.8 peratus pada Julai, meningkat berbanding 2.7 peratus pada Jun.

Namun, data bagi suku April hingga Jun yang dikeluarkan MOM pada Khamis menunjukkan kadar pengangguran jangka panjang penduduk turun sedikit.

Sementara itu, bilangan kekosongan jawatan merosot untuk suku kelima berturut-turut kepada 87,900 pada Jun, turun 12 peratus berbanding 99,600 pada Mac.

Angka itu telah menurun berbanding paras tinggi sebanyak 126,000 pada Mac 2022 sejurus selepas pandemik Covid-19.

Sekitar satu daripada lima jawatan kosong pada Jun adalah dalam sektor perkhidmatan profesional, maklumat dan komunikasi dan perkhidmatan kewangan.

Nisbah kekosongan pekerjaan kepada pekerja menganggur ialah 1.94 pada Jun, turun daripada 2.28 pada Mac.

Pekerjaan keseluruhan Singapura berkembang pada suku kedua bagi suku ketujuh berturut-turut tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Bilangan pekerja berkembang pada 24,300 pada suku kedua 2023, turun daripada 33,000 pada suku sebelumnya.

Bilangan warga asing dalam pekerjaan meningkat sebanyak 25,500 pada suku kedua, sementara bilangan penduduk yang bekerja susut sebanyak 1,200.

Ini menjadikan jumlah pekerjaan mencapai 3,680,000 pada Jun, tidak termasuk pekerja domestik asing.

Mengenai bilangan pekerja asing dalam pekerjaan, MOM berkata bahawa sebahagian besar daripada mereka adalah pemegang permit kerja daripada industri binaan.

Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Encik Tan See Leng berkata perniagaan dan pekerja perlu bersedia menghadapi risiko sejagat dalam ekonomi global yang lebih perlahan.

Beliau menjelaskan permintaan luaran Singapura bagi tiga bulan terakhir tahun ini kekal lemah. Kelemahan itu disebabkan kadar inflasi yang kekal tinggi bagi ekonomi-ekonomi besar dunia.

“Atas sebab itu, pertumbuhan pekerjaan di sini dijangka tidak setara di pelbagai sektor,” jelasnya semasa melawat Perkhidmatan Kejuruteraan Dyna-Macs, sebuah kejuruteraan, perolehan dan pakar pembinaan modul di sektor Marin dan Luar Pesisir pada Khamis.

Pengarah penyelidikan dan statistik di MOM, Encik Ang Boon Heng, berkata bahawa bilangan pengangguran penduduk sering berubah mengikut musim dan pengecutan terkini bagi pekerjaan penduduk tidak mungkin berterusan.

Kata Encik Ang, “Selalunya pada separuh kedua, hampir September hingga Disember, kadang-kadang menjelang Tahun Baru Cina, dengan adanya perayaan tersebut - seperti Formula Satu yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini - pengambilan pekerja akan meningkat bagi jawatan sementara.”

Beliau menambah pada pertengahan tahun, angka itu akan menurun tetapi meningkat semula dengan cepat secara kitaran. Memandang ke depan, pertumbuhan pekerjaan penduduk pada suku ketiga dan keempat dijangka dirangsang oleh pemulihan dalam sektor pelancongan, kata Encik Ang.

“Bagaimanapun, kenaikan akan lebih rendah daripada tempoh sama pada tahun lalu, sejajar dengan permintaan buruh yang semakin berkurangan serta pertumbuhan tenaga buruh penduduk yang lebih rendah,” kata Encik Ang.

Pemberhentian kerja telah menurun pada suku kedua 2023, selepas meningkat untuk tiga suku berturut-turut. Sekitar 3,200 pekerja telah dilepaskan antara April dan Jun, turun daripada 3,820 pada suku sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >