Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengeluar pes Wahyu Brand tembusi pasaran Vietnam

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



TIDAK lama lagi, pengguna di Vietnam boleh menikmati sajian Melayu yang dihasilkan syarikat pengeluar pes tempatan, Wahyu Brand.



Ini selepas syarikat itu melebarkan sayapnya ke pasaran itu selepas menandatangani perjanjian pengedaran dengan firma pengedar Vietnam, Learth Vietnam Co Ltd selama setahun.



Di bawah perjanjian itu, sekitar 10 produk Wahyu akan dijual di empat pasaraya - dua cawangan pasar raya, BRG Supermarket di Hanoi dan dua cawangan Nova Supermarket di Bandar Ho Chi Minh.



Produk itu, yang akan dilancarkan bulan depan, merupakan sebahagian daripada segmen makanan jenama Singapura di cawangan-cawangan pasar raya tersebut yang diperkenalkan oleh syarikat pengedar, kata pengurus penjualan Wahyu Brand, Encik Mohd Rafiq Abdul Karim, semasa dihubungi.



Antara produk bakal ditawarkan di Vietnam ialah pes ayam lemak cili padi, pes rendang dan lodeh di samping produk sambal seperti sambal belacan cincalok.



Vietnam merupakan pasaran luar negara ketiga yang diterokai oleh Wahyu.



Menurut Encik Mohd Rafiq, Vietnam telah dikenal pasti sebagai pasaran yang berpotensi kerana memiliki banyak persamaan.



"Kami merasakan bahawa Vietnam adalah satu pasaran yang bersesuaian dengan produk kami kerana sajian mereka mempunyai banyak persamaan.



"Seperti orang Melayu, mereka ada bahan makanan seperti belacan, sos ikan dan daun ketumbar.



"Bila kami melakukan tinjauan dan kajian pasaran dengan memberi mereka mencuba hidangan kami, ia disambut baik terutama sajian yang berbeza sedikit daripada makanan mereka tetapi tetap tidak terlalu luar biasa, seperti lemak cili padi dan sambal goreng," jelasnya.



Pada masa sama, Encik Mohd Rafiq akur ada cabaran yang dijangkakan, seperti yang dialami apabila ingin menerokai pasaran asing.



Dalam hal ini, pengetahuan tentang produk merupakan antara cabaran utama kerana tidak ramai yang tahu atau pernah mencuba makanan Melayu.



"Maka itu, bagi mendidik pengguna di sana mengenai jenis makanan kita, kami menyertai projek trak makanan, atau 'food truck', dengan pengedar kami di sana.



"Rancangannya ialah trak itu akan menjual dan mengadakan demonstrasi memasak menggunakan pes-pes kami di samping produk jenama Singapura lain.



"Sebagai permulaan, kami akan berada di sana untuk memantau dan memberi latihan kepada mereka untuk memasak menggunakan produk kami," terangnya.



Satu lagi cabaran ialah isu kos logistik, yang telah meningkat sejak pandemik dan kenaikan harga bahan api.



"Mujur dalam hal ini, kami telah bergabung tenaga dan bekerjasama dengan syarikat Singapura lain untuk berkongsi kontena dan gudang di sana, yang membolehkan kami mengekalkan kos rendah.



"Dari segi harga, memang produk kami tidak boleh diletakkan harga sama dijual di Singapura sebab kos logistik sendiri sudah tinggi yang perlu diambil kira," tambah Encik Mohd Rafiq.



Syarikat itu telah memanfaatkan geran pemerintah untuk mengurangkan kos yang perlu dilaburkan bagi usaha pengantarabangsaan itu.



Ini termasuk geran Bantuan Kesediaan Pasaran (MRA), yang membiayai sekitar 80 peratus daripada kos pelaburan.



"Selepas mengambil kira geran diterima, secara keseluruhan kami melabur hanya $15,000 - satu kos yang agak rendah untuk meneroka pasaran asing. Kami cukup menghargai dan berterima kasih dengan sokongan pemerintah yang ada," ujar Encik Mohd Rafiq.



Menyusuli pelancaran produknya di Vietnam bulan depan, syarikat itu berharap menerima sambutan yang positif dan menyasarkan untuk menawarkan produknya di lebih banyak cawangan pasar raya.



Wahyu diasaskan oleh pengasas dan pemiliknya, Encik Norhashim Hassan, yang memulakan perniagaan itu dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >