Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengeluaran ayam boleh berkurang dek campur tangan kerajaan M’sia

Oct 11, 2023 | 01:49 PM



KUALA LUMPUR: Apabila bercakap tentang harga ayam dan telur, pemerintah Malaysia telah campur tangan secara besar-besaran – sehingga mencecah berbilion ringgit – sepanjang 18 bulan lalu apabila ia cuba menstabilkan bekalan dan harga ayam negara itu.

Sejak Februari 2022, kerajaan Malaysia telah membelanjakan lebih RM2 bilion ($580.7 juta) untuk memberi subsidi harga ayam. Harga siling RM9.40 setiap kilogram juga dilaksanakan buat ayam yang diproses.

Langkah sementara ini sepatutnya dilaksanakan sehingga akhir Jun 2023 dengan tujuan membolehkan harga ayam turun naik mengikut permintaan pasaran. Namun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersetuju pada Jun untuk mengekalkan subsidi dan mekanisme kawalan harga tanpa sembarang had tempoh.

Sementara pemain industri berkata subsidi besar ini bermanfaat untuk membantu menstabilkan subsidi dan memastikan kemampuan buat pengguna, ramai juga memberi amaran terhadap campur tangan kerajaan yang berpanjangan kerana ia boleh memberi kesan buruk dalam jangka panjang.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia, Encik Jeffrey Ng, memberi amaran campur tangan kerajaan yang berterusan boleh mengganggu dinamik pasaran dan menjejas pengeluaran ternakan.

“Ketidakselarasan dasar seperti tempoh pelaksanaan menjadikan ia lebih sukar buat penternak untuk merancang,” kata Encik Ng kepada The Business Times.


Ketua pegawai eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran, Dr Carmelo Ferlito, melihat langkah tersebut sebagai tindakan politik untuk menjamin sokongan pengundi, yang menurutnya boleh memudaratkan pasaran.

Dr Ferlito berkata harga tetap untuk ayam tidak memberi isyarat bermakna untuk bekalan dan permintaan. Siling harga juga mewujudkan kekurangan yang menghalang pasaran daripada mencapai keseimbangan, katanya lagi.

Malaysia mempunyai kadar pemakanan ayam tertinggi di keseluruhan Asia dengan setiap seorang memakan sebanyak 50 kilogram ayam setiap tahun secara purata.

Terdapat pelbagai sebab bagi pemakanan tinggi itu. Ayam merupakan daging paling berpatutan harga di Malaysia, sebahagian besarnya akibat subsidi pemerintah.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, purata harga runcit ayam adalah sekitar RM10.20 setiap kilogram – sekitar sepertiga harga $8.76 setiap kilogram di Singapura.

Malaysia telah mencapai tahap berdikari pengeluaran ayam sejak 1985 dan hanya pada 2022 ia mengalami kekurangan yang jarang berlaku akibat gangguan buruh yang disebabkan pandemik Covid-19.

Ini mendorong Malaysia untuk mengenakan larangan eksport ke Singapura pada Mei 2022 yang memberi kesan teruk kepada pengeksport yang biasanya menghantar sebanyak 3.6 juta ayam merentasi sempadan ke Singapura setiap bulan.

Kekurangan ayam di Malaysia menyebabkan lebih banyak import ayam dari negara lain di serantau seperti Thailand.


Presiden Persatuan Kesihatan dan Industri Pemakanan Haiwan Malaysia, Encik Tee Ah Kiat, berkata beberapa negara ini yang mempunyai lebihan menjual stok ayam mereka pada harga lebih rendah dan ini memberi tekanan kepada pengeluar Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >