Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengeluaran kilang S’pura naik 1% pada Nov

Dec 27, 2023 | 04:20 PM



Pengeluaran perkilangan Singapura meningkat pada November buat dua bulan berturut-turut.

Bagaimanapun, ia kurang daripada jangkaan, sebahagian besarnya disebabkan kemerosotan ketara industri elektronik, dan penguncupan dalam pengeluaran bioperubatan dan kejuruteraan jitu.

Jumlah pengeluaran perkilangan naik 1 peratus tahun ke tahun, lapor The Straits Times (ST).


Namun, ia jauh lebih perlahan daripada pertumbuhan yang disemak menjadi 7.6 peratus pada Oktober, dan kurang daripada kenaikan 2.2 peratus yang dijangka oleh penganalisis dalam tinjauan Bloomberg.

Walaupun kebanyakan sektor merosot berbanding bulan sebelumnya, sektor kimia mencatat prestasi menggembirakan.

Ia naik 2.7 peratus tahun ke tahun. Ini dibantu dua segmen – kimia khusus dan kimia lain.

Sementara itu, sektor elektronik, yang menyumbang sekitar 45 peratus daripada pengeluaran kilang tempatan, naik 7.3 peratus – lebih rendah daripada pengembangan 15.1 peratus pada Oktober.

Ini didorong kemerosotan mendadak dalam keluaran semikonduktor, yang mencatat pertumbuhan 8.2 peratus bagi November.

Namun, segmen infokom dan barangan elektronik pengguna membantu mengurangkan kelembapan sektor elektronik. Ia meningkat 13.9 peratus, selepas mengalami pertumbuhan sifar pada tempoh sebelumnya.

Antara sektor yang menguncup adalah kejuruteraan jitu, yang susut 14.1 peratus.

Penurunan itu didorong segmen jentera dan sistem, yang menjunam sebanyak 14.5 peratus, manakala segmen modul dan komponen jitu memburukkan lagi kesan penurunan itu dengan kemerosotan 12.7 peratus.

Sektor bioperubatan juga merosot sebanyak 0.7 peratus, selepas berkembang 5.3 peratus pada Oktober.

Segmen farmaseutikal susut 6 peratus pada November.

Walaupun segmen teknologi perubatan berkembang sebanyak 7.1 peratus, ia lebih perlahan daripada tempoh sebelumnya.

Sementara itu, kejuruteraan pengangkutan meraih pertumbuhan 7.2 peratus tahun ke tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan 13.2 peratus pada tempoh sebelumnya.

Kelemahan sektor itu berpunca daripada segmen aeroangkasa, yang susut 0.1 peratus pada November berbanding pengembangan 17.1 peratus pada Oktober, manakala segmen pengangkutan darat menguncup 15.3 peratus walaupun berjaya mencatat prestasi yang lebih baik sedikit.

Segmen makanan, minuman dan tembakau memberangsangkan. Ia berkembang 12.4 peratus, sebahagian besarnya disebabkan penghasilan lebih banyak minuman.

Mengulas data tersebut, pakar ekonomi Maybank, Encik Brian Lee, berkata pertumbuhan perkilangan lebih lemah pada November adalah seiring dengan Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (Nodx) yang lebih perlahan.

“Pertumbuhan perkilangan terus didorong oleh elektronik” katanya, sambil menambah bahawa permintaan sedunia bagi barangan elektronik dijangka pulih secara beransur-ansur.

Mengenai kejuruteraan pengangkutan, Encik Lee berkata pertumbuhan lebih perlahan itu antara lain disebabkan ia dibandingkan dengan “asas yang tinggi tahun lalu (2022)”.

Pakar ekonomi kanan Bank UOB, Encik Alvin Liew, menjangka separuh pertama 2024 akan “kekal lemah pada asasnya”.

Beliau memberi contoh kadar faedah yang masih tinggi, tekanan berterusan dalam sektor hartanah China, dan suasana geopolitik yang masih bergolak, sebagai faktor utama yang melemahkan permintaan luar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >