Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengendali Pelabuhan Klang pertimbang tarik pelabur biayai projek peluasan

Feb 13, 2024 | 04:23 PM



KUALA LUMPUR: Pengendali pelabuhan terbesar Malaysia, Westports Holdings, sedang mempertimbangkan untuk menarik pelabur strategik dari luar negara bagi membiayai peluasan pelabuhan Klang yang bernilai RM39.6 bilion ($11.1 bilion), yang berpotensi meningkatkan kapasiti hampir dua kali ganda dalam beberapa dekad akan datang.


“Kami terbuka kepada cadangan tersebut, jika terdapat pihak yang datang dan mampu memberikan nilai tambah kepada kami,” kata Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Encik Ruben Emir Gnanalingam.

“Kami tidak menolak sebarang kemungkinan,” tambahnya.

Selain itu, syarikat tersebut juga sedang meneliti pelan untuk menggunakan semula dividen dan pinjaman untuk membiayai penambahbaikan kemudahan di Pelabuhan Klang, seperti yang dijelaskan dalam satu wawancara yang dijalankan di tapak tersebut.

Pelabuhan Klang adalah yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan rancangan peluasan itu bakal menambahkan kapasitinya kepada 27 juta kontena unit bersamaan 20 kaki (TEU), daripada 14 juta ketika ini, sepanjang tempoh konsesinya sehingga 2082.

Projek peluasan oleh Westports, yang bermula dengan pembinaan lapan terminal kontena baru pertama yang dijangka beroperasi pada 2027, menggambarkan projek sama daripada beberapa negara jiran di seberang Selat Melaka, antara laluan laut paling sibuk di dunia.

Singapura juga sedang membina Pelabuhan Tuas, sebuah terminal kontena automatik terbesar di dunia yang dijangka siap pada 2040 pada kos sekitar $20 bilion.

Dalam pada itu, dengan jumlah trafik diramal melebihi kapasiti Selat Melaka menjelang 2030, Thailand turut mengusulkan satu projek jambatan darat yang membolehkan kapal mengelak Selat Melaka.

Rancangan jambatan darat atau Landbridge sepanjang 100 kilometer pada kos AS$28 bilion ($37.7 bilion) itu akan menghubungkan dua pelabuhan laut dan mengurangkan masa perjalanan selama empat hari.

Bagaimanapun, Encik Ruben berkata beliau tidak berasa bimbang dengan idea itu pada masa ini kerana pelanggannya masih belum mempertimbang usul itu secara serius sebagai laluan alternatif.

Menurutnya lagi, Westports turut meneroka peluang membeli pelabuhan lain di Asia Tenggara, namun tidak akan berbelanja berlebihan untuk memperoleh aset tersebut.

Syarikat itu turut memberi tumpuan utama kepada aspek kemampanan.

Industri maritim di seluruh dunia kini menghadapi pemantauan kian meningkat, disebabkan pelepasan gas rumah hijau yang meningkat 20 peratus sepanjang sedekad lalu.

Pada masa ini, industri itu menyumbang sekitar tiga peratus jumlah pelepasan gas rumah hijau di seluruh dunia.

Syarikat perkapalan kini mempercepat usaha menerapkan amalan hijau dan bersih, dengan membaik pulih kapal untuk mencapai sasaran industri bagi pelepasan sifar bersih menjelang 2050. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >