Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perkilangan S’pura merosot 6.9% pada April, lebih teruk daripada jangkaan

May 26, 2023 | 05:46 PM



PENGELUARAN sektor perkilangan Singapura terus menguncup bagi bulan ketujuh berturut-turut, dengan kadar kemerosotan lebih tinggi pada April, menurut data yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada Jumaat.

Keluaran kilang jatuh 6.9 peratus pada April berbanding tempoh sama tahun lalu, setelah jatuh 3.8 peratus pada Mac.

Penurunan itu lebih teruk daripada ramalan penguncupan 4.5 peratus oleh penganalisis dalam laporan media.

Tidak termasuk perkilangan bioperubatan, pengeluaran menyusut 6.1 peratus, lapor The Straits Times.


Pada asas purata tiga bulan, keluaran perkilangan susut 6.6 peratus pada April berbanding setahun lalu.

Kelompok elektronik utama, yang menyumbang 45 peratus daripada sektor perkilangan dipacu eksport Singapura, menyaksikan keluaran susut 8.7 peratus pada April berbanding setahun lalu.

Dalam bidang elektronik, peranti komputer dan segmen penyimpanan data mendahului penurunan, dengan keluaran menjunam 33.5 peratus.

Ini diikuti oleh modul dan komponen elektronik lain dengan kejatuhan 11.9 peratus, manakala pengeluaran semikonduktor turun sebanyak 6.9 peratus.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata pada Khamis bahawa prospek ekonomi Singapura lemah, dengan kitaran kemerosotan elektronik berkemungkinan lebih mendalam dan lebih berpanjangan daripada ramalan sebelum ini.

Semua kelompok pengilangan lain menyaksikan pengeluaran mengecut, kecuali kejuruteraan pengangkutan.

Pengilangan bioperubatan mencatatkan prestasi terburuk, dengan pengeluaran jatuh 11.1 peratus, berbalik daripada peningkatan 8.2 peratus pada Mac.

Dalam sektor itu, pengeluaran farmaseutikal merosot 14.1 peratus disebabkan oleh campuran bahan ubat aktif yang berbeza yang dihasilkan berbanding setahun lalu.

Pengeluaran teknologi perubatan menguncup 7.2 peratus dengan permintaan yang lebih rendah bagi peranti perubatan dari Amerika Syarikat dan Eropah.

Sebaliknya, sektor kejuruteraan pengangkutan mencatatkan peningkatan 14.5 peratus, walaupun ini lebih kecil daripada kenaikan 23.5 peratus yang dicatatkan pada Mac.

Segmen kejuruteraan marin dan luar pesisir sektor itu berkembang 24.2 peratus atas aktiviti limbungan yang lebih besar dan peningkatan pengeluaran peralatan medan minyak dan gas.

Segmen aeroangkasa berkembang 16.1 peratus, dengan lebih banyak kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih daripada syarikat penerbangan komersial berikutan peningkatan trafik udara global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >