Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Perlu ada rangka kerja dasar bersepadu demi capai kestabilan wang, harga: Ravi Menon

Dasar kewangan tidak boleh bertindak bersendiran dan dianggap “jalan terlalu mudah”.
May 26, 2023 | 03:56 PM



MENJAMIN kestabilan kedua-dua harga dan kewangan tidak boleh dilakukan menerusi dasar kewangan sahaja, tetapi perlu disepadukan dengan bidang-bidang lain menurut dasar itu, kata pengarah pengurusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon, pada Jumaat.

Bercakap semasa Forum Dasar Kewangan Asia ke-10 di Hotel Shangri-La Singapura, beliau menggesa agar sebuah rangka kerja dasar kewangan bersepadu, dasar fiskal, dan langkah kewangan makro dapat ditubuhkan.

Ini termasuk menyediakan usaha campur tangan terhadap nilai penukaran mata wang asing, pengurusan aliran modal dan dasar kewangan cermat makro seperti had pinjaman kepada nilai hartanah (LTV) yang dikenakan kepada hartanah, lapor The Business Times.


Pendekatan sebegini, menunjukkan Singapura akur bahawa “dasar yang diterapkan secara mandiri, sering kali menyebabkan kesan yang mandiri juga,” kata Encik Menon.

Perpaduan dasar seperti itu, “adalah kunci bagi mengurangkan risiko krisis ekonomi dan kewangan berulang,” katanya kepada hadirin yang merangkumi pembangun dasar dan ahli akademik.

Rangka kerja dasar bersepadu merupakan salah satu daripada empat usulan yang diutarakan Encik Menon bagi mencapai kedua-dua kestabilan kewangan dan harga.

Pengalaman yang diraih sepanjang sedekad lalu telah mewujudkan kepentingan bagi menimbangkan kedua-dua faktor kestabilan tersebut, katanya.

Ini kerana dasar kewangan yang disifatkannya sebagai dasar “mudah” telah meningkatkan sikap mengambil risiko berlebihan khususnya di sektor kewangan berbanding keadaan ekonomi sebenar lain.

Terdapat juga kesan jangka pendek terhadap kestabilan harga dan kewangan, tambahnya.

Perubahan terhadap dasar kewangan bakal menjejas sentimen dan premium risiko, dan dengan memperketatkannya berupaya menyebabkan “kegagalan kewangan yang berjangkit”.

“Dasar kewangan dengan terus terang adalah satu jalan yang terlalu mudah diterapkan sebagai kaedah untuk menangani sikap mengambil risiko dan manfaat secara berlebihan di peringkat sektoral,” kata Encik Menon.

Usulan kedua pula menyentuh tentang bagaimana pendedahan sektor kewangan lebih baik diatasi dengan beraneka kaedah kewangan makro.

Ini termasuk langkah cermat makro – bukan sahaja menerapkan penahan modal cegah putaran, tetapi juga langkah lebih menyasarkan perkara tertentu seperti had LTV dan had biaya hutang dalam pasaran hartanah.

Langkah sedemikian lebih berkesan jika diterapkan secara beransur, daripada menerapkannya sebagai respons terhadap kejutan dalam pasaran, katanya.

Usulan beliau yang ketiga adalah untuk memastikan dasar kewangan kekal ditumpukan terhadap mencapai kestabilan harga.

Tetapi ia perlu menimbangkan kesannya terhadap kestabilan kewangan.

Dasar kewangan ‘expansionary’ – yang melibatkan usaha menurunkan kadar faedah dan meningkatkan bekalan wang dalam pasaran – yang dilakukan sepanjang tempoh berpanjangan boleh menyebabkan sistem kewangan bertambah terdedah, kata Encik Menon.

Satu pendekatan yang boleh ditimbangkan adalah bagi bank pusat “mengambil masa untuk mengembalikan inflasi ke sasaran”, agar dapat menimbangkan kesan kewangannya, katanya.

Tetapi kesan buruk daripada langkah sebegitu adalah kadar inflasi tinggi akan berkekalan sepanjang tempoh yang lebih lama.

Usulan terakhir beliau adalah berkenaan dasar fiskal – perbelanjaan oleh pemerintah – yang memainkan peranan penting, lebih-lebih lagi dalam mencapai kemampanan hutang awam.

Langkah menetapkan cukai serta perbelanjaan dari pemerintah juga mendatangkan manfaat sebab ia boleh “meningkatkan kesan” atau membuat kesannya lebih ketara bagi sektor atau golongan masyarakat tertentu.

Misalnya, cukai yang dikenakan terhadap pembelian hartanah boleh memainkan peranan sebagai pelengkap langkah cermat makro bagi menangani inflasi terhadap harga aset. Pada masa yang sama, sokongan yang ditumpukan secara khusus boleh ditawarkan kepada golongan yang paling terdedah.

Singapura tidak mempunyai rangka kerja dasar bersepadu, tetapi ia mempunyai perpaduan dasar yang “intuitif”, kata Encik Menon.

Rundingan teliti silang badan pembangunan dasar dan kefahaman seiring telah membolehkan Singapura mencapai demikian tanpa penyelarasan yang formal.

Forum itu yang bermula pada malam Khamis, memberi tumpuan kepada cabaran yang dialami dasar kewangan dalam landskap kewangan dan makroekonomik semasa.

Ia merupakan acara penyelidikan dasar tahunan terunggul anjuran Biro Asia bagi Kajian Ekonomi dan Kewangan, Sekolah Perniagaan Universiti Chicago Booth, Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS), dan MAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >