Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Permintaan bertambah bagi ruang kerja bersama dengan aturan kerja hibrid berkembang

Oct 30, 2023 | 04:23 PM



Ruang kerja bersama kembali sibuk selepas sepi semasa pandemik Covid-19.

Beberapa pengendali di Singapura memberitahu akhbar The Straits Times bahawa mereka telah mengembangkan tawaran mereka di tengah-tengah peningkatan kadar huni, didorong permintaan yang lebih tinggi untuk aturan kerja fleksibel.

Syarikat pemula dengan sumber terhad dan bilangan pekerja yang lebih kecil adalah di kalangan mereka yang menggunakan ruang kerja tersebut kerana fleksibiliti dan kemudahan yang ditawarkan.

Namun, beberapa pengguna telah menimbulkan keprihatinan berhubung kos yang meningkat, manakala pakar hartanah merujuk kepada potensi kelembapan dalam industri.

Pengendali ruang kerja bersama, The Great Room, berkata kadar huni meningkat daripada purata 90 peratus sebelum dan semasa pandemik kepada kira-kira 95 peratus hingga 100 peratus pada 2023 merentasi enam lokasi di Singapura, apabila pengaturan kerja hibrid semakin meningkat selepas Covid-19.

Syarikat itu memperkenalkan beberapa kemudahan baru untuk 3,000 penyewa kukuhnya, termasuk individu yang bekerja di pejabat keluarga dan firma fintech.

Kemudahan tersebut termasuk sarapan percuma pada Isnin serta kemudahan berkongsi seperti bilik menyusu bayi dan studio podcast.

Firma yang beribu pejabat di Singapura itu berkata bahawa ia telah merakamkan purata pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun sebanyak 30 peratus di Singapura sejak 2019.

Ia mengenakan penyewa antara $750 dan $1,300 sebulan, bergantung pada jumlah kredit yang mereka mahu beli untuk menempah bilik mesyuarat bersama, dan jika mereka mahu berkongsi meja atau pejabat khusus.  

Satu lagi pengendali, The Work Project, berkata 10 ruang kerja bersamanya di merata Singapura secara purata sudah mempunyai 90 peratus penghuni. Kadar purata penghuninya sekitar 84 peratus pada 2020.

Ia mempunyai pelbagai penyewa dari syarikat berbilang negara hingga perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat pemula. Mereka membayar antara $480 dan $1,100 untuk semeja, bergantung jika ia meja mengikut sistem kongsi meja atau terletak dalam sebuah pejabat khusus.

Syarikat itu berkata bahawa ia telah menggandakan pendapatannya sejak 2020.

Beberapa ciri pejabatnya termasuk ruang istirahat eksekutif di ruang Capital Tower. Ia juga baru-baru ini memasang lebih banyak pondok telefon di setiap ruang kerja bersama untuk memenuhi keperluan persidangan video yang meningkat.

Sementara itu, WeWork yang beribu pejabat di New York, yang mempunyai 14 lokasi di Singapura, membuka lokasi terbesarnya di Asia Pasifik pada September 2022 – sebuah kemudahan seluas 213,000 kaki persegi yang merangkumi 21 tingkat di 21 Collyer Quay.

Seorang jurucakap WeWork berkata permintaan untuk aturan kerja fleksibel selepas Covid-19 telah menyebabkan peningkatan pada jumlah pengguna bayar-apabila-guna, yang berganda pada suku pertama 2023 berbanding tempoh sama pada 2022. 

Pengguna yang bayar-setiap-bulan juga meningkat sebanyak 28 peratus pada suku pertama 2023 berbanding tempoh sama pada 2022. 

Syarikat itu, yang dilaporkan menghadapi masalah kewangan pada Ogos, enggan mendedahkan struktur harga terkini dan kadar huni.

Pesaing IWG berkata ia melihat “tahap permintaan dan penghunian yang sangat kukuh” di serata lokasi Singapura, tetapi enggan memberi angka tepat.

Ketua penyelidikan bagi syarikat perundingan hartanah CBRE bagi Asia Tenggara, Cik Tricia Song, menyatakan bahawa ruang kerja bersama telah kembali bangkit daripada purata 50-60 peratus semasa pandemik untuk mencapai purata 80-90 peratus menjelang suku ketiga 2022.

Terdapat 176 ruang kerja bersama di Republik dengan anggaran tapak seluas hampir 4 juta kaki persegi pada suku ketiga 2023, membentuk kira-kira 5 peratus ruang pejabat di sini – antara tertinggi di rantau Asia-Pasifik, menurut kajian CBRE.

Industri itu telah berkembang pesat sepanjang sedekad lalu, daripada 85 ruang kerja bersama dengan anggaran tapak seluas 820,000 kaki persegi pada 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >