Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Permintaan untuk pekerja reda; kerja kosong merosot empat suku berturut-turut

Jun 15, 2023 | 07:08 PM



Pasaran pekerja di Singapura menunjukkan tanda-tanda permintaan yang semakin reda, dengan jumlah pekerjaan tumbuh lebih sederhana pada suku pertama 2023.

Menurut laporan pasaran pekerja bagi suku pertama 2023 yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis, jumlah pengambilan pekerja berkembang pada rentak lebih perlahan manakala kadar pemberhentian pekerja meningkat.

Jawatan kosong di negara ini, meskipun kekal tinggi, ia merosot buat empat suku berturut-turut, kata MOM.

Perangkaan menunjukkan jumlah keseluruhan pekerja di Singapura, tidak termasuk pekerja migran, meningkat sebanyak 33,000 pada tempoh Januari hingga Mac, menandakan pertumbuhan buat enam suku berturut-turut.

Ini adalah rendah daripada kenaikan sebanyak 43,500 pada suku sebelumnya.

Jelas MOM, bilangan pekerja warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) meningkat sebanyak 2,800 disebabkan oleh pertambahan pekerja dalam sektor perkhidmatan kewangan, perkhidmatan profesional dan perkhidmatan kesihatan dan sosial.

Baki peningkatan sebanyak 30,200 pula adalah pekerja bukan penduduk yang sebahagian besarnya dalam industri pembinaan dan pembuatan.

Ini juga menandakan kali pertama pengambilan pekerja bukan penduduk telah melebihi tahap prapandemik, kata MOM.

Tetapi, walaupun jumlah pengambilan pekerja di Singapura melepasi paras prapandemik sebanyak 3.8 peratus, kadar pertumbuhan menjadi sederhana berbanding dengan peningkatan suku sebelumnya sebanyak 43,500.

Jumlah pemberhentian pekerja meningkat buat tiga suku berturut-turut, sebanyak 3,820 diberhentikan berbanding 2,990 pada suku sebelumnya. Ini ekoran pemberhentian dalam sektor pengilangan elektronik, perhubungan dan penerbangan serta khidmat kewangan.

Namun, mencerminkan pasaran pekerja yang masih ketat, MOM berkata 71.7 peratus rakyat Singapura dan PR yang diberhentikan – atau kira-kira 7 dalam 10 orang – dapat mencari pekerjaan dalam tempoh enam bulan.

Memberi pandangannya, Anggota Parlimen (AP) Pekerja, Encik Patrick Tay, berkata dalam satu pos di Facebook pada Khamis:

“Walaupun bertambah baik, kita perlu memantau lebih teliti kadar kemasukan semula pekerja yang menganggur atau diberhentikan kerja. Cabaran struktur seperti kemahiran dan ketidakpadanan pekerjaan terus menjadi salah satu sebab utama pengangguran di Singapura dalam jangka masa terdekat dan sederhana.

“Oleh itu, kita perlu menggandakan usaha kita dan membina rentak kita untuk mempromosikan dan menggalak peningkatan dan pemerolehan kemahiran untuk terus bersedia, relevan dan berdaya tahan.”

Sementara itu, jawatan kosong merosot buat empat suku berturut-turut kepada 99,600 pada Mac.

Bagaimanapun, jumlah itu kekal lebih tinggi, sebahagiannya kerana pengambilan pekerja bukan penduduk belum pulih sepenuhnya ke tahap prapandemik bagi sektor seperti perdagangan runcit serta perkhidmatan makanan dan minuman.

Nisbah jawatan kosong berbanding penganggur kekal tinggi pada 2.28 (228 pekerjaan bagi 100 orang), tetapi juga turun daripada 2.33 pada Disember 2022. Meskipun begitu, kadar pengangguran keseluruhan kekal rendah, pada 1.8 peratus, tambah MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >