Pertunjukan Udara S’pura 2026 dijangka tarik lebih ramai pengunjung awam, perdagangan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertunjukan Udara S’pura 2026 dijangka tarik lebih ramai pengunjung awam, perdagangan

Feb 2, 2026 | 3:42 PM

Pertunjukan Udara S’pura 2026 dijangka tarik lebih ramai pengunjung awam, perdagangan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore Airshow, Pertunjukan Udara Singapura
Pertunjukan helikopter HAL Dhruv daripada pasukan persembahan helikopter Sarang oleh Tentera Udara India, semasa pratonton media bagi Pertunjukan Udara Singapura 2026, di Pusat Pameran Changi, pada 1 Februari. - Foto ST

Bilangan pengunjung perdagangan dan awam bagi Pertunjukan Udara Singapura 2026 dijangka lebih tinggi berbanding edisi sebelumnya.

Ia dijangka akan melepasi rekod yang dicatat pada 2024, berdasarkan ramalan awal, kata Pengarah Urusan penganjur, Experia Events, Encik Leck Chet Lam, ketika menjawab soalan yang diajukan dalam sidang media pada 1 Februari.

Pertunjukan Udara Singapura 2024 menarik hampir 60,000 pengunjung perdagangan dalam tempoh empat hari pertama, peningkatan 10 peratus berbanding angka rekod pada 2018.

Lebih daripada 60,000 pengunjung melawat pameran itu pada hujung minggu apabila ia dibuka kepada orang ramai.

Experia Events dalam satu kenyataan berkata Pertunjukan Udara Singapura 2026 itu disasarkan untuk “mengekalkan skala sama” dari segi aktiviti ekonomi yang dijana serta bilangan pengunjung.

Ia turut akan diperluaskan menerusi beberapa program seperti Sidang Puncak Angkasa yang diadakan buat julung-julung kali.

Diadakan di Pusat Pameran Changi dari 3 hingga 8 Februari, Pertunjukan Udara Singapura edisi ke-10 itu akan menampilkan lebih daripada 1,000 syarikat daripada lebih 50 negara dan wilayah.

Ini termasuk pembuat pesawat Eropah, Airbus; syarikat aeroangkasa Brazil, Embraer; dan syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Gulfstream.

Edisi kali ini juga akan menyaksikan kehadiran ruang pameran negara terbesar, dengan 16 ruang pameran – termasuk dari Australia, Perancis, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Britain, Amerika, dan China – mengambil ruang yang lebih luas berbanding sebelum ini.

Mengenai jangkaan nilai perjanjian yang akan dimeterai pada pameran itu, Encik Leck berkata Experia Events tidak mempunyai sebarang petunjuk awal atau maklumat mengenai perkara tersebut kerana ia bersifat sulit.

Pertunjukan Udara Singapura 2024 menjana perbelanjaan melebihi $391 juta dalam sektor seperti penerbangan antarabangsa, penginapan, ruang pameran, makanan dan minuman, hiburan, serta beli-belah, menurut Experia Events.

Pada edisi 2024, syarikat penerbangan tambang rendah Vietnam, Vietjet, telah membuat persetujuan bagi satu perjanjian sementara untuk memesan 20 pesawat berbadan lebar A330neo daripada pengeluar Eropah, Airbus.

Sementara itu, syarikat penerbangan Taiwan, Starlux Airlines, telah membuat pesanan untuk tiga pesawat penumpang A330neo berbadan lebar dan lima pesawat kargo A350F.

Edisi 2026 akan menampilkan segmen baru, iaitu Sidang Kemuncak Angkasa 2026, yang akan berlangsung dari 2 hingga 3 Februari di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands.

Segmen baru tersebut menandakan peluasan penting skop pameran daripada udara kepada bidang angkasa yang sedang berkembang, sekali gus meletakkan Singapura sebagai hab dialog angkasa di Asia-Pasifik, jelas Experia Events.

Selain itu, pameran kali ini turut menampilkan penyertaan syarikat teknologi penerbangan peringkat sederhana, yang akan mempamerkan inovasi dalam kecerdasan buatan (AI), teknologi mula tumbuh, gabungan teknologi awam dan ketenteraan, serta kemampanan.

Edisi 2026 juga akan menampilkan edisi terbesar AeroCampus, iaitu segmen yang menghubungkan rakan industri dengan para pelajar, yang buat pertama kali bakal melibatkan institusi latihan luar negara.

Pertunjukan Udara Singapura 2026 juga akan menyatukan pemimpin industri dan global, pada waktu kadar beban penerbangan di Asia-Pasifik dijangka mencapai rekod tertinggi 84.4 peratus pada 2026, sejajar dengan pertumbuhan permintaan perjalanan di rantau ini.

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata), keuntungan bersih syarikat penerbangan dijangka meningkat kepada AS$41 bilion ($52 bilion) pada 2026, dengan bilangan penumpang sejagat melebihi lima bilion.

Enam pasukan tentera udara akan membuat persembahan pada Pertunjukan Udara Singapura 2026, dengan lima dari luar negara, termasuk Indonesia, Australia dan India.

Selain itu, pengeluar pesawat China, Comac, akan mempamerkan pesawatnya, C919, manakala Airbus akan menampilkan model keluarannya, A350-1000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg