Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

P&G labur lebih $100j dalam kemudahan perkilangan baru di S’pura

Jun 21, 2023 | 7:02 PM
ALU-ALU KERJASAMA: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong menyampaikan ucapan di majlis makan malam gala sempena ulang tahun ke-35 Procter & Gamble.
ALU-ALU KERJASAMA: Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong menyampaikan ucapan di majlis makan malam gala sempena ulang tahun ke-35 Procter & Gamble. - Foto ST

Syarikat barangan pengguna Procter & Gamble (P&G) akan menyuntik lebih $100 juta bagi penubuhan sebuah kemudahan perkilangan baru di Singapura.

Syarikat tersebut mengumumkan demikian di majlis makan malam gala sempena ulang tahunnya yang ke-35 di hotel Capella Singapore di Sentosa pada Selasa.

“Pelaburan cukup besar ini melambangkan visi strategik P&G untuk memanfaatkan kedudukan Singapura sebagai pusat tumpuan global buat perdagangan, teknologi dan bakat,” kata Encik Stanislav Vecera, presiden bagi Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Afrika di P&G.

Butiran lanjut tentang kemudahan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat, tetapi pusat baru itu dijangka mewujudkan pekerjaan.

P&G telah menubuhkan pusat inovasi di Biopolis pada 2014. Ia juga mempunyai kemudahan perkilangan minyak wangi di Tuas yang ditubuhkan pada 2008.

P&G Singapore telah berkembang dari kurang daripada 100 pekerja pada 1987 kepada kira-kira 2,300 kakitangan yang terdiri daripada lebih 40 kewarganegaraan hari ini.

Singapura berfungsi sebagai ibu pejabat Asia-Pasifik syarikat tersebut, serta ibu pejabat global bagi jenama kosmetik SK-II dan perniagaan penjagaan peribadi dan kulit P&G. Jenamanya yang lain termasuk jenama penjagaan rambut Pantene, Head & Shoulders, serta jenama penjagaan kulit Olay.

Encik Vecera berkata: “Kami memilih Singapura sebagai rumah kami dalam rantau ini disebabkan lokasi strategiknya, prasarana perniagaan yang teguh, ekosistem digital dan inovasi, serta bakat luar biasa.”

Turut berucap di majlis makan malam gala itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, yang berkata Singapura telah bertahan dan berkembang maju sebagai negara migran yang terbuka.

“Kami telah pelajari selama beberapa dekad bahawa apa yang benar-benar mendatangkan perbezaan ialah kerjasama kukuh. Kerana pemerintah – berkesan mana pun – tidak boleh melakukan segala-galanya sendiri; kita perlu bekerjasama dengan rakan. Rakan seperti syarikat terkemuka dari serata dunia, seperti P&G.”

Encik Wong turut berkata bahawa kepercayaan kukuh antara pemerintah, majikan dan pekerja serta kesatuan, di samping kerjasama rapat dengan institusi penyelidikan, universiti dan kumpulan masyarakat, telah membawa kepada ekosistem yang boleh dipercayai, di mana Singapura boleh diharapkan untuk mendatangkan hasil.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg