Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Piawaian lebih tinggi bagi 4 syarikat insurans di bawah peraturan baru MAS

Sep 22, 2023 | 03:30 PM



Empat syarikat insurans telah disenaraikan sebagai ‘penting dari segi sistem’ bagi Singapura dalam satu langkah baru yang meletakkan mereka tertakluk kepada piawaian kawal selia yang lebih tinggi dan penyeliaan yang lebih rapi, kerana kejatuhan mereka akan menjejas ekonomi negara. 

Mereka adalah AIA Singapore, Income Insurance, Prudential Assurance Company Singapore dan Great Eastern Life Assurance Company.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS), semasa mendedahkan senarai syarikat insurans domestik penting pertamanya (D-SII) pada Khamis, berkata bahawa aturan itu akan bermula pada 1 Januari 2024. 

Timbalan pengarah pengurusan MAS bagi penyeliaan kewangan, Encik Ho Hern Shin, berkata: “Mempertingkatkan rangka kerja D-SII adalah sebahagian daripada usaha berterusan MAS untuk mengukuhkan daya tahan sektor kewangan Singapura.”

Buat masa ini, rangka kerja itu disediakan bagi tujuh bank domestik penting: Citibank, DBS, UOB, OCBC, Standard Chartered, Maybank dan HSBC.

Di bawah rangka kerja itu, empat syarikat insurans itu akan tertakluk pada langkah-langkah penyeliaan tambahan yang sebahagian besarnya mencerminkan langkah-langkah yang digunakan buat bank-bank domestik penting tersebut.

Selain mempunyai penyeliaan yang lebih intensif, mereka juga perlu memenuhi keperluan modal yang lebih tinggi untuk menampung kerugian.

Mereka juga mesti mempunyai rancangan resolusi dan pemulihan serta sistem maklumat pengurusan yang teguh.

Pelan pemulihan akan meningkatkan keupayaan sebuah syarikat insurans untuk memulihkan kekuatan kewangan dan daya maju kewangannya semasa melalui tempoh kesusahan, kata MAS, manakala pelan resolusi dapat mempertingkatkan keupayaan pengawal selia untuk memastikan penstrukturan semula atau keluar sekiranya ia gagal. Ini akan mengurangkan kesan ke atas sistem kewangan dan ekonomi.

Melihat kedudukan modal masa kini, empat syarikat insurans itu dijangka dapat terus memenuhi keperluan modal di bawah rangka kerja dengan penimbal yang mencukupi.

Empat syarikat insurans itu dikenal pasti sebagai penting dari segi sistem berdasarkan empat faktor: Saiz; kesalinghubungan dengan bahagian sistem kewangan yang lain dan ekonomi; kebolehgantian yang merujuk pada keupayaan untuk digantikan; dan kerumitan perniagaan, struktur dan operasi.

Bagi mengukur saiz syarikat insurans, MAS menggunakan jumlah aset Dana Insurans Singapura (SIF) dan jumlah keseluruhan pelanggan perlu bayar untuk perlindungan insurans.

Secara amnya, lebih besar firma dan bahagian aktiviti domestik, semakin tinggi kemungkinan kegagalan atau kesusahannya akan memberi kesan negatif kepada ekonomi domestik dan pasaran kewangan.

Nilai ambang bagi setiap petunjuk akan disesuaikan dengan teliti dengan mengambil kira data industri tahunan walaupun MAS tidak mendedahkan nilai ambang yang digunakan.

Pihak pengawal selia enggan mengulas kenapa SingLife, salah satu syarikat insurans yang diluluskan Pemerintah untuk menawarkan Pelan Bersepadu Medishield, tidak disenaraikan sebagai penting.

MAS kata ia akan menyemak senarai entiti penting menyusuli setiap penilaian tahunan.

Dalam satu respons kepada rundingan awam tentang rangka kerja yang dipertingkatkan yang ditutup pada 30 November 2022, MAS menyatakan rangka kerja itu tidak bermatlamat menilai kemungkinan kegagalan sesebuah syarikat insurans.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >