Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Presiden baru DPPMS ingin tingkat jenama DPPMS ke persada dunia

Jun 01, 2023 | 08:33 PM



PENGERUSI M Kapital Holdings, Encik Abu Bakar Mohd Nor telah dipilih sebagai Presiden penggal baru Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Dalam ucapannya semasa Mesyuarat Agung Tahunan DPPMS di Village Hotel Bugis pada Khamis, beliau turut membentangkan harapan dan rancangannya untuk membawa DPPMS ke hadapan.

“Kami ingin meningkatkan kedudukan DPPMS di peringkat serantau dan sejagat melalui perkongsian strategik.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang bertenaga dan inklusif bagi menggalak pertumbuhan dan kemakmuran,” kata Encik Abu Bakar.

Dalam pada itu, beliau juga akan memberikan lebih banyak perhatian untuk “meningkatkan jumlah keanggotaan dan mengukuhkan hubungan dalam kalangan perniagaan Melayu/Islam”.

Sebelum ini, Encik Abu Bakar pernah menyandang jawatan timbalan presiden DPPMS, sebelum mengambil alih kedudukan Encik Farid Khan yang mengumumkan hasrat untuk mengundur diri.

Pengerusi eksekutif Enercon Asia Group, Encik Azhar Othman, yang sebelum ini menyandang jawatan naib presiden, dipilih sebagai timbalan presiden.

Mengulas mengenai peranan barunya, Encik Azhar berkata:

“Lembaga pengarah dahulu yang dipimpin oleh Pak Farid telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Kami akan teruskan kerja baik yang mereka lakukan dan akan mempertingkatkan usaha ini di peringkat setempat dan antarabangsa.

“Dengan dunia yang tidak menentu dan kompleks, adalah sangat penting bagi kita untuk bekerjasama dalam menghadapi cabaran yang pelbagai, serta membantu setiap seorang untuk berkembang dalam arena perniagaan,” ujar Encik Azhar.

Selain itu, beberapa jawatan turut menyaksikan pertandingan sengit, termasuk jawatan naib presiden.

Cik Fadilah Majid, pemilik dan pengarah urusan, SpaJelita Pte Ltd, berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai naib presiden. Jawatan tersebut turut dikongsi bersama seorang lagi wajah baru, Dr Abdul Malik Hassan, pengarah bersama Selera Rasa Nasi Lemak Pte Ltd.

Seramai 15 anggota telah dipilih untuk menerajui DPPMS, termasuk lima wajah baru, sebagai lembaga pengarah bagi penggal terkini dari 2023 hingga 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >