Presiden baru DPPMS tekad bantu peniaga, mahupun orang baru ingin berniaga
Premium
Presiden baru DPPMS tekad bantu peniaga, mahupun orang baru ingin berniaga
Jika anda peniaga mapan: Usah takut hubungi Dewan untuk dapat nasihat; Jika anda minat mula niaga: Jangan takut idea ditertawakan
Sep 11, 2023 | 5:30 AM
PODCAST #NOTAPIS: (Dari kanan ikut putaran jam) Encik Abu Bakar Mohd Nor dan Cik Nurul Farahin Ramli, Eksekutif Kanan Perhubungan Korporat DPPMS; bersama hos podcast #NoTapis, koresponden BH Anwar Saleh dan wartawan BH Natasha Hazirah Mustafa, dalam podcast #NoTapis. Encik Abu Bakar membentangkan peranan DPPMS dalam membantu perniagaan Melayu/Islam agar dapat berkembang dalam sesi itu. - Foto BH oleh AMIRA SYAHEERA AZLAN
Ada yang ingin memulakan perniagaan sendiri tetapi menghadapi kesukaran kerana tidak mempunyai rangkaian luas, struktur yang betul atau ekosistem sokongan kukuh.
Tidak kira sama ada seseorang itu pemilik perniagaan baru mahupun usahawan berpengalaman, mereka tidak perlu segan untuk mendapatkan nasihat Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), kata presiden baru Dewan, Encik Abu Bakar Mohd Nor.
Laporan berkaitan
Penting bagi peniaga Melayu/Islam kekal relevan sedang ekonomi pesat berubah: See LengAug 14, 2023 | 4:30 PM
Program perniagaan mikro AMP dibuka, tawar kursus kemahiran digital Aug 22, 2023 | 3:35 PM

