Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Prestasi pembayaran syarikat tempatan bertambah baik pada suku kedua

Jul 2, 2024 | 7:57 PM
Berdasarkan sektor, tiga daripada lima industri - runcit, perkhidmatan dan jualan borong, mencatat pembayaran lewat yang merosot pada suku kedua berbanding suku pertama 2024.
Berdasarkan sektor, tiga daripada lima industri - runcit, perkhidmatan dan jualan borong, mencatat pembayaran lewat yang merosot pada suku kedua berbanding suku pertama 2024. - Foto ST

Prestasi pembayaran oleh syarikat tempatan terus bertambah baik untuk empat suku berturut-turut pada suku kedua 2024, menurut Biro Kredit Komersial Singapura (SCCB) pada 2 Julai.

Penyedia huraian maklumat kredit dan risiko itu menyatakan bahawa kededua pembayaran segera dan lewat oleh perniagaan di sini membentuk lebih sedikit daripada dua perlima jumlah transaksi pembayaran.

SCCB pernah menjelaskan bahawa syarikat yang membuat pembayaran segera adalah syarikat yang membayar 90 peratus atau lebih daripada bil berdasarkan syarat pembayaran yang dipersetujui.

Syarikat yang lewat membayar bermakna kurang 50 peratus bil mereka dibayar berdasarkan syarat ditetapkan.

Syarikat yang membuat pembayaran segera pada suku kedua 2024 meningkat sebanyak 0.04 mata peratusan kepada 41.11 peratus berbanding suku pertama 2024, lapor The Business Times (BT).

Syarikat yang membuat pembayaran segera naik sebanyak 0.19 mata peratusan pada suku kedua 2024, daripada 40.92 peratus pada suku kedua 2023.

Perniagaan yang membuat pembayaran lewat susut 0.05 mata peratusan pada suku kedua berbanding suku pertama 2024, dan turun 0.25 mata peratusan kepada 44.07 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding suku kedua 2023.

Sementara itu, syarikat yang membuat pembayaran separa naik sedikit, iaitu sebanyak 0.01 mata peratusan pada suku kedua berbanding suku pertama, dan naik 0.06 mata peratusan kepada 14.82 peratus pada suku kedua 2024 berbanding suku kedua 2023.

Berdasarkan sektor, tiga daripada lima industri - runcit, perkhidmatan dan jualan borong, mencatat pembayaran lewat yang merosot pada suku kedua berbanding suku pertama 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg