Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Produk jenama CFG Thai mula dijual di FairPrice pada Nov

Sep 3, 2024 | 2:31 PM
Produk berjenama dan yang berlabel persendirian Central Food Retail Group (CFG) Thailand akan diperkenalkan di lebih 340 pasar raya dan kedai serbaneka Cheers dan FairPrice Xpress di seluruh pulau.
Produk berjenama dan yang berlabel persendirian Central Food Retail Group (CFG) Thailand akan diperkenalkan di lebih 340 pasar raya dan kedai serbaneka Cheers dan FairPrice Xpress di seluruh pulau. - Foto FAIRPRICE GROUP

Mulai November, penduduk Singapura boleh mendapatkan lebih banyak jenis makanan dan makanan ringan Thailand di pasar raya FairPrice serta kedai serbaneka dan kedai dalam talian, termasuk lebih 30 jenis kerepek buah, biskut, perasa dan pes.

Ini berikutan perjanjian perkongsian yang ditandatangani pada 3 September antara FairPrice Group (FPG) dengan Central Food Retail Group (CFG) Thailand, yang mengendalikan rangkaian pasar raya terbesar di negara itu, Tops.

Produk berjenama dan yang mempunyai label persendirian CFG akan diperkenalkan kepada lebih 340 pasar raya dan kedai serbaneka Cheers dan FairPrice Xpress di seluruh pulau.

Begitu juga, barangan jenama sendiri FairPrice FPG dan jenama pengguna seperti Golden Chef, yang khusus kepada produk masakan Asia, akan tersedia di lebih 700 kedai runcit CFG di serata Thailand, lapor The Straits Times (ST).

Ini adalah memorandum persefahaman yang pertama ditandatangani antara FPG dengan peruncit Thailand, dan perjanjian kedua seumpama itu ditandatangani dengan peruncit utama Asia dalam masa seminggu.

Pada 28 Ogos, FPG mengumumkan kerjasama dengan firma Korea Selatan, Lotte Retail, untuk membawa masuk lebih banyak jenis produk makanan dan makanan ringan dari negara itu menjelang akhir 2024.

Menurut data laman Skyscanner, Thailand, Indonesia dan Malaysia ialah destinasi paling popular untuk pelancong berkumpulan Singapura pada 2024.

Ketua Eksekutif FPG, Encik Vipul Chawla, berkata: “Dengan lebih ramai rakyat Singapura melancong ke Thailand dan lebih menghargai warisan masakan Thailand yang kaya, permintaan untuk perisa Thai asli di negara sendiri tidak dapat dinafikan.”

Beliau menambah bahawa FPG sedang mencari peluang mengembangkan akses pengguna kepada masakan global.

Ketua eksekutif CFG, Encik Stephane Coum, mengalu-alukan langkah memperkenalkan produk Thai bermutu tinggi di luar negara. Ini termasuk barangan di bawah rangkaian Tops Tongtin, yang menyokong perusahaan kecil dan sederhana (SME) Thailand.

“Dengan mengembangkan jenama kami sendiri seperti My Choice Thai, dan menyokong SME tempatan di bawah Tops Tongtin, kami bukan sahaja memperkenalkan produk Thai bermutu tinggi kepada pasaran antarabangsa, bahkan meningkatkan pengalaman beli-belah pelbagai saluran untuk pengguna di Singapura dan Thailand,” kata Encik Coum.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg