PROGRAM Pelatih SGUnited bukan sahaja memberi peluang graduan universiti yang baru mendapatkan pekerjaan dalam pasaran buruh yang merundum, malah ia juga menyediakan wadah bagi majikan meneruskan operasi, malah berkembang di tengah-tengah kemelesetan ekonomi.
Demikian menurut beberapa majikan dan lulusan baru ketika dihubungi Berita Harian (BH).