Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

OCBC sedia pembiayaan mampan $7b kepada SME

Feb 06, 2024 | 03:11 PM



OCBC Bank menggandakan jumlah pembiayaan mampan yang diberikan kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.

Ia menyediakan lebih $7 bilion bagi pembiayaan mampan kepada lebih 1,200 syarikat di rantau ini dalam pelbagai sektor, berbanding $3.3 bilion pada 2022.

Sambutan kepada pembiayaan itu menggalakkan, kata ketua perbankan komersial sedunia OCBC, Encik Linus Goh, semasa memberi kemas kini Rangka Kerja Kewangan Mampan SME bank itu, yang dilancarkan pada 2020.

“Sejak awal lagi, kami sedar bahawa SME akan mendapati usaha menjadi mampan tidaklah begitu mudah. Ia tidak mempunyai kemampuan syarikat besar dan motivasi untuk bermula. Kami berasa ia perlukan sokongan,” katanya.

Rangka kerja tersebut membantu syarikat di Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Indonesia, menurut The Straits Times (ST).


Ia mambantu SME mengakses pembiayaan mampan dengan lebih mudah dan pada kos lebih rendah kerana ia tidak perlu membangun rangka kerjanya sendiri, mendapatkan konsultan dan menjalankan pengesahan sendiri.

Ini memanfaatkan SME kerana, walaupun pada masa ini SME tidak perlu penuhi keperluan pendedahan seperti firma tersenarai, ia masih hadapi tekanan untuk menerapkan amalan mampan dalam perniagaan.

“SME mempunyai keperluan tidak langsung (untuk menerapkan amalan mampan), sama ada daripada pelanggan atau pekerja, dan pastinya daripada ekosistem di mana ia beroperasi,” ujar Encik Goh.

Lebih 80 peratus SME yang mengambil pembiayaan mampan OCBC pada 2023 menceburi perniagaan dalam bidang persekitaran binaan, pengangkutan bersih, kecekapan tenaga, dan tenaga boleh diperbaharui.

Bank itu turut membantu 24 syarikat lebih besar dan sederhana daripada 12 industri untuk menjadi penggerak pertama dalam perubahan mampan, dan berharap usaha itu akan memberi inspirasi kepada syarikat lain dalam bidang berkenaan.

Syarikat tersebut bersedia mengambil langkah pertama untuk mencapai sasaran, contohnya, meraih penilaian lebih baik dalam usaha menyahkarbon, pelepasan gas rumah hijau, atau sekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG), jelas Encik Goh.

OCBC hanya mempunyai satu syarikat penggerak pertama sedemikian pada 2022, namun bilangannya meningkat kepada 24 syarikat pada 2023, kata Encik Goh.

Beliau menambah bahawa syarikat kecil yang biasanya memberi kesan besar terhadap kemampanan.

Ini kerana ia mempunyai alat dan teknologi baru yang membantunya beralih kepada tenaga alternatif. Namun, ia memerlukan sokongan untuk berkembang dan maju, katanya.

Sebagai contoh, syarikat KoolLogix mempunyai kaedah yang perbaiki pengurusan haba di pusat data, sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga. Huraian tersebut membantu syarikat yang memiliki pusat data menjimat lebih 50 peratus bil elektrik.

Bank seperti OCBC boleh membantu penyedia huraian sedemikian untuk berkembang, kata Encik Goh.


Salah satu syarikat yang mengambil pinjaman berkaitan kemampanan OCBC ialah firma pakaian kait kasual, Ghim Li.


Pinjaman $16 juta itu memerlukan syarikat itu mencapai pengurangan ketara dalam pelepasan gas rumah hijau sepanjang tempoh pinjaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >