Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

PropertyGuru hentikan 79 pekerja dalam semakan strategik

Feb 27, 2024 | 06:04 PM



Portal penjualan hartanah PropertyGuru akan memberhentikan 79 kakitangan, sekitar 5 peratus daripada tenaga pekerjanya, sebagai sebahagian semakan strategik syarikat itu.

Dalam semakan tersebut, unit syarikat itu yang tidak menguntungkan akan juga ditutup, lapor akhbar The Business Times (BT).


Dalam surat terbuka kepada pekerjanya pada 27 Februari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan PropertyGuru, Encik Hari Krishnan, berkata: “Keputusan ini dibuat selepas menentukan dengan teliti dan objektif mengenai peranan PropertyGuru untuk fasa pertumbuhan seterusnya.”

Beliau menambah: “Keadaan pasaran tidak menentu dan keperluan pelanggan yang berubah memerlukan kami menyesuaikan strategi supaya kami boleh terus berkembang secara mampan.

“Adalah penting untuk kami menilai semula kemajuan kami secara berkala dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan perniagaan yang kalis masa depan.”

Sebagai sebahagian semakan, syarikat itu akan menutup dua daripada sembilan cawangannya di Vietnam berkaitan perniagaan pasaran, dan menyepadu khidmat teknologi serta memperkemas sumber serantau dalam usahanya memperbaiki kerjasama dan memupuk inovasi.

Peranan dalam sokongan pelanggan akan direka semula merangkumi aspek pemasaran, produk dan jualan perniagaan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan “secara holistik dan dengan nilai dipertingkat”, menurut surat itu.

Tahun lalu, PropertyGuru berundur daripada pasaran Indonesia dan menghentikan operasi FastKey di Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Bagi suku ketiga tahun kewangannya yang berakhir pada 30 September 2023, syarikat itu melaporkan pendapatan positif sebanyak $312,000, berbanding kerugian bersih sebanyak $7.4 juta pada tempoh sama setahun lalu.

Pendapatan suku tersebut meningkat 13.2 peratus kepada $39 juta, didorong terutama oleh hasil lebih tinggi daripada Singapura, yang lebih daripada mengimbangi pendapatan berkurangan di Vietnam.

Ia menyatakan bahawa hasil dari Singapura meningkat 24.1 peratus pada tahun tersebut kepada $22.5 juta.

Dalam suratnya, Encik Krishnan berkata kakitangan terjejas akan diberi sebulan gaji pemberhentian bagi setiap tahun perkhidmatan, dihadkan pada 12 bulan atau gaji pemberhentian berkanun negara, bergantung pada mana lebih tinggi.

Syarikat itu juga akan memberi bayaran muhibah sebanyak satu bulan gaji asas, serta bonus prestasi tahunan 2023 untuk kakitangan bukan jualan yang terjejas, atau komisen jualan bagi Februari dan Mac untuk kakitangan jualan yang terjejas.

PropertyGuru akan turut melanjutkan insurans kesihatan syarikat itu, atau memberi bayaran sekali gus sebagai ganti kepada pekerja terjejas, dan membenarkan mereka akses kepada program bantuan pekerja selama tiga bulan dari tarikh akhir pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >