Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PropNex anjur pameran hartanah luar negara

Ketengah lebih 15 projek hartanah di 5 negara: Britain, Australia, NZ, Thailand, M’sia
Sep 5, 2025 | 5:38 PM
propnex
Agensi hartanah, PropNex Realty, bakal menganjurkan pameran ‘International Property XPO’ dari 6 hingga 7 September yang memberi tumpuan khusus kepada peluang pelaburan hartanah luar negara.  - Foto PROPNEX

Agensi hartanah, PropNex Realty, bakal menganjurkan pameran sulungnya yang memberi tumpuan khusus kepada peluang pelaburan hartanah luar negara.

Dinamakan ‘International Property XPO’, pameran dua hari itu akan berlangsung dari 6 hingga 7 September di Hotel Grand Copthorne Waterfront.

Ia menampilkan lebih 15 projek hartanah di lima negara iaitu Britain, Australia, New Zealand, Thailand dan Malaysia.

Antara tawaran yang diketengahkan termasuk pakej rumah dan tanah serta kediaman berkonsep hotel.

Ini termasuk yang ditawarkan pemaju hartanah terkemuka seperti Berkeley Group (UK), Banyan Group (Thailand), RnF (Malaysia) dan Luxton Homes (Australia).

Barisan pilihan itu memberi pelabur Singapura akses terus kepada portfolio pelaburan antarabangsa yang semakin mendapat sambutan, kata PropNex dalam satu kenyataan.

Pengunjung ke pameran itu juga berpeluang mengikuti perbincangan panel mengenai prospek ekonomi dan pasaran hartanah hasil kerjasama strategik Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada hari terakhir pameran itu.

Menerajui dialog tersebut ialah Pengerusi Eksekutif PropNex, Encik Ismail Gafoor, bersama Ketua Jualan Antarabangsa, Cik Chua Shir Yee, serta Naib Presiden Kanan Iskandar Investment Berhad (IIB), Encik Krishnamoorthy Kuppusamy.

Dalam kenyataan sama, Cik Chua berkata minat warga Singapura terhadap pelaburan hartanah luar negara semakin meningkat sejak pengenalan kadar Duti Setem Pembeli Tambahan (ABSD) yang lebih ketat pada April 2023.

“Ini bukan sahaja mencerminkan selera pelaburan yang kukuh, malah juga kepercayaan terhadap PropNex untuk menghubungkan mereka dengan pemaju bereputasi serta peluang pelaburan mapan,” ujar beliau.

Menyifatkan acara ‘International Property XPO’ itu sebagai peluang warga Singapura meneroka pasaran hartanah antarabangsa dengan lebih yakin dan tertumpu, Encik Ismail berkata:

“Apabila warga Singapura meneroka peluang di luar negara, adalah penting untuk mereka dilengkapi dengan ilmu sambil diperkenalkan kepada rakan kongsi dipercayai dengan pemahaman jelas. XPO ini direka bagi membina keyakinan itu, sambil menyediakan wadah bertemu bersama pakar dan pemaju antarabangsa.”

Dengan penganjuran XPO itu, PropNex mengukuhkan peranannya sebagai peneraju dalam membimbing warga Singapura untuk mengembangkan portfolio hartanah ke peringkat global dengan lebih tertumpu dan berstrategi, tambah syarikat itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg