Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Beli-belah Far East dijual sekitar $910 juta

Sep 29, 2023 | 2:51 PM
PENJUALAN HARTANAH: Tawaran dari Pembangunan Hartanah Glory dikatakan bernilai sekitar $910 juta, sedikit rendah di bawah harga panduan $928 juta untuk hartanah pegangan pajakan 999 tahun sepanjang Orchard Road.
PENJUALAN HARTANAH: Tawaran dari Pembangunan Hartanah Glory dikatakan bernilai sekitar $910 juta, sedikit rendah di bawah harga panduan $928 juta untuk hartanah pegangan pajakan 999 tahun sepanjang Orchard Road. - Foto SHIN MIN DAILY NEWS

Penjualan kolektif Pusat Beli-Belah Far East telah diberikan, tertakluk pada syarat-syarat, kepada sebuah syarikat berkaitan dengan Bright Ruby Resources dan peniaga China, Encik Du Shuanghua, menurut laporan akhbar The Business Times (BT).

Tawaran dari Glory Property Developments dikatakan bernilai sekitar $910 juta, sedikit rendah di bawah harga panduan $928 juta bagi hartanah pegangan pajakan 999 tahun di sepanjang Orchard Road.

Perjanjian itu tertakluk pada syarat tertentu termasuk kelulusan daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sehingga 20 peratus lebih luas lantai kasar (GFA) di bawah skim Insentif Pembangunan Strategik (SDI) pemerintah.

BT difahamkan bahawa pemberian tender juga memerlukan kelulusan Lembaga Hak Milik Strata kerana penjualan kolektif tidak mendapat kelulusan sebulat suara daripada pemilik.

Berdasarkan GFA yang boleh dibina secara maksimum seluas 290,574 kaki persegi di bawah skim SDI, dengan andaian penggunaan komersial penuh dan termasuk Caj Penambahbaikan Tanah, panduan harga $928 juta mencapai $3,421 setiap kaki persegi bagi setiap nisbah plot (psf ppr), menurut ejen pemasaran CBRE.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg