Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pusat inovasi Hyundai di S’pura hasilkan teksi robot untuk pasaran Amerika

Nov 21, 2023 | 04:59 PM



Pusat Inovasi Kumpulan Hyundai Motor Singapura (HMGICS) yang baru dibuka di Daerah Inovasi Jurong bukan sekadar menghasilkan kereta Hyundai Ioniq 5.

Bahkan, ia turut melengkapkan kenderaan elektrik itu dengan teknologi tanpa pemandu untuk digunakan sebagai teksi robot di pelbagai bandar Amerika Syarikat, bermula di Las Vegas.

Naib presiden HMGICS dan ketua kumpulan inovasi teknologinya, Encik Alpesh Patel, berkata pusat inovasi itu akan menghasilkan 30 teksi robot pada 2023 dan 150 pada 2024, menurut laporan The Straits Times (ST).


Setiap teksi robot itu yang dihasilkan dengan kerjasama firma teknologi automotif Aptiv, dilengkapi lebih 30 sensor, termasuk pengesanan cahaya dan jarak atau Lidar (light detection and ranging), radar dan kamera.


Ia juga mempunyai autonomi Tahap 4. Ini bermakna keretanya memiliki ciri pemanduan yang tidak memerlukan tangan dan pengawasan mata untuk tempoh masa panjang dalam pelbagai lokasi dan situasi.

Bagaimanapun, bagi tujuan keselamatan, khidmat teksi robot di Las Vegas masih mempunyai pemandu.

Kemudahan pemasangan kenderaan bernilai $400 juta di Bulim Avenue itu yang mula beroperasi pada awal 2023, dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 21 November.

Menjelang akhir 2023, ia dijangka menghasilkan sekitar 300 kereta elektrik Ioniq 5 untuk pelanggan Singapura, dengan pelbagai bahagian kereta dibawa masuk dari Korea Selatan dan Indonesia.

Kemudahan tersebut yang mempunyai kapasiti menghasilkan 30,000 kenderaan setahun untuk pembeli tempatan dan luar negara, besar kemungkinan akan mengeluarkan lebih banyak kereta pada 2024, dengan bekalan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang meningkat di Singapura.

Encik Patel, yang sebelum ini merupakan pakar aerodinamik dengan syarikat Ferrari dan bekas rakan kongsi kumpulan runding cara McKinsey, berkata pusat inovasi di Singapura itu akan turut menghasilkan kereta salun elektrik Ioniq 6 dalam beberapa bulan akan datang.

Selain kereta, pusat inovasi itu juga boleh memasang dron dan kenderaan dua roda, menurut ST.


Kemudahan itu berfungsi sebagai tempat ujian bagi tugas mengautomasi “pemasangan am”, yang bermaksud pemasangan bahagian akhir kenderaan seperti tempat duduk, papan pemuka (dashboard), penghawa dingin, lantai dan pelapik bumbung.


Pada masa ini, sehingga 90 peratus daripada tugasan bagi segmen ini dilakukan oleh para pekerja.

Di HMGICS, sekitar 50 peratus daripada tugasan dilakukan oleh sekitar 200 robot, namun peratusannya dijangka meningkat dengan banyak pada masa depan.

Pusat inovasi tersebut mempunyai 280 pekerja kesemuanya, termasuk jurutera dan teknisyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >