Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Qantas sangkal dakwaan jual tiket palsu bagi penerbangan yang dibatalkan

Oct 30, 2023 | 03:31 PM



SYDNEY: Qantas Airways menafikan dakwaan yang dibuat oleh pengawal selia persaingan Australia bahawa syarikat penerbangan itu mengelirukan penumpang dengan terus menjual tiket bagi ribuan penerbangan yang telah dibatalkan.


Menentang tuntutan badan pemantau itu di mahkamah, Qantas berkata pada Isnin bahawa kes pengawal selia “mengabaikan realiti industri penerbangan”.

 Syarikat penerbangan tidak lengah memberitahu penumpangnya bahawa penerbangan mereka sudah dibatalkan untuk keuntungan komersial, dan semua pelanggan yang menggunakan perkhidmatan yang dibatalkan ditawarkan penerbangan alternatif atau bayaran balik, menurut Qantas.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) menyaman Qantas pada lewat Ogos, mendakwa syarikat itu terus menjual tiket – biasanya melebihi dua minggu tetapi kadangkala lebih lama daripada sebulan – bagi lebih 8,000 perkhidmatan yang dibatalkan antara Mei dan Julai 2022.

Pengawal selia itu menuntut penalti lebih A$250 juta ($217 juta).

“Kes ACCC mengabaikan realiti asas dan syarat utama apabila syarikat penerbangan menjual tiket. Sedang semua syarikat penerbangan bekerja keras untuk mengendalikan penerbangan pada masa yang dijadualkan, tiada syarikat penerbangan boleh menjaminnya,” kata Qantas.

Pembelaan Qantas menyatakan kes mahkamah yang berlarutan membabitkan dakwaan penerbangan komersial tanpa penumpang, yang mencetuskan persaraan awal ketua eksekutif Encik Alan Joyce dan menyebabkan peletakan jawatan pihak pengurusan bagi membaiki jenama syarikat penerbangan itu.

Antara skandal yang telah menjejas reputasi Qantas, tuduhan pengawal selia bahawa Qantas menipu mungkin adalah yang paling memudaratkan.

Saham Qantas naik 0.3 peratus apabila dagangan dibuka pada Isnin.

Saham itu telah merosot hampir satu pertiga daripada kemuncak dalam Julai.

ACCC menuduh Qantas mengambil bayaran untuk tiket bagi penerbangan yang ia tahu, atau sepatutnya tahu, sudah dibatalkan.

Seorang penumpang sekurang-kurangnya membelanjakan A$600 bagi tiket penerbangan, menurut ACCC.

Dalam satu kes lain, Qantas menjual tiket bagi penerbangan dari Sydney ke San Francisco sekitar 40 hari selepas membatalkan penerbangan itu, menurut pengawal selia tersebut. 

Kes tersebut berkaitan dengan penerbangan yang dibatalkan yang masih dijual untuk melebihi 48 jam apabila syarikat penerbangan itu cuba mengembalikan operasi penerbangan seperti normal selepas pandemik Covid-19.

Beberapa kelewatan yang lebih lama adalah akibat kesilapan manusia dan kegagalan proses, menurut Qantas dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penerbangan yang dibatalkan kini dikeluarkan secara manual daripada penjualan dengan segera, dan syarikat penerbangan itu sedang mengusahakan teknologi yang boleh melakukan proses secara automatik, kata Qantas.

“Kami akur terdapat kelewatan dan kami amat kesal ia berlaku, tetapi yang penting, ia tidak sama dengan Qantas mendapatkan “bayaran tanpa perkhidmatan” kerana pengguna ditempatkan semula dalam penerbangan lain sedekat mungkin dengan waktu asal atau ditawarkan bayaran balik sepenuhnya.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >