Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Qantas terpalit dengan skandal yang jejas jenamanya

Sep 7, 2023 | 4:34 PM
NAMA TERJEJAS: Qantas dan unit kos rendah Jetstar mengawal 61 peratus daripada pasaran domestik Australia, manakala Virgin Australia menduduki tempat ketiga. Qantas terus mengiklankan lebih 8,000 penerbangan secara purata selama dua minggu dan selama 47 hari, walaupun perkhidmatan itu telah dibatalkan
NAMA TERJEJAS: Qantas dan unit kos rendah Jetstar mengawal 61 peratus daripada pasaran domestik Australia, manakala Virgin Australia menduduki tempat ketiga. Qantas terus mengiklankan lebih 8,000 penerbangan secara purata selama dua minggu dan selama 47 hari, walaupun perkhidmatan itu telah dibatalkan - Foto REUTERS

Syarikat penerbangan Australia Qantas Airways dikatakan mengalami nasib seperti seorang selebriti yang mengalami masalah – jadi kebanggaan tetapi sering dicemuh.

Syarikat penerbangan yang dikatakan paling selamat di dunia itu kini dipalit kisah sedih apabila ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Encik Alan Joyce, terpaksa meninggalkan syarikat itu di tengah-tengah skandal setelah dipuji atas kepimpinannya yang kukuh selama 15 tahun.

Tempoh perkhidmatan Encik Joyce hanya tinggal dua bulan sebelum menyerahkannya kepada CEO baru, Cik Vanessa Hudson. Namun, beliau terpaksa berundur lebih awal setelah pengawas persaingan Australia mendapati syarikat penerbangan itu menjual tempat duduk bagi penerbangan yang sudah dibatalkan.

Menurut Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC), Qantas terus mengiklankan lebih 8,000 penerbangan secara purata selama dua minggu dan selama 47 hari, walaupun perkhidmatan itu telah dibatalkan.

Satu kenyataan pengerusi ACCC, Cik Gina Cass-Gottlieb, menjelaskan mengapa amalan itu salah dan bagaimana syarikat tersebut terlepas daripada kesalahan itu.

“Terdapat jarak yang jauh antara bandar-bandar utama Australia. Perjalanan udara yang boleh dipercayai amat penting bagi ramai pengguna di Australia yang ingin mengunjungi orang tersayang, bercuti, mengembangkan perniagaan atau berhubungan dengan teman sekerja mereka.”

Qantas dan unit kos rendah Jetstar mengawal 61 peratus daripada pasaran domestik Australia, manakala Virgin Australia menduduki tempat ketiga. Duapoli itu tidak sihat tetapi terdapat hujah kuat bahawa ia satu keperluan. Jarak antara bandar di Australia bermakna pangkalan asal Qantas tidak akan menikmati manfaat menjadi hab global seperti Singapura dan United Kingdom.

Namun ia mesti berkhidmat untuk geografi fizikal besar Australia yang mempunyai penduduk yang sedikit. Keuntungan berkekalan berdasarkan keupayaan menguasai pasaran yang mencukupi dan menguasai harga tetapi dengan melakukan demikian, ia menjadi sasaran dakwaan anti-monopoli.

Encik Joyce memimpin Qantas pada 2008, dan dengan segera menangani kemerosotan ekoran Krisis Kewangan Global. Tugasnya tidak mudah tetapi beliau berpeluang mengendalikan syarikat penerbangan kebanggaan Australia dan mewarisi jenama yang masih dikagumi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg