Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Rebut peluang niaga apabila pelancong ke S’pura bertambah: DPPMS

Sesuaikan produk dan khidmat bagi penuhi keperluan dan cita rasa kumpulan sasaran
Jul 24, 2023 | 05:30 AM



Bilangan pelancong ke Singapura yang dijangka bertambah mulai separuh kedua 2023 ini, sebahagiannya untuk menghadiri acara sukan dan hiburan mewakili peluang perniagaan baik bagi peniaga setempat.

Bagi memanfaatkan peluang itu, masyarakat perniagaan tempatan boleh menyesuaikan produk dan perkhidmatan mereka bagi memenuhi keperluan dan cita rasa pelancong tersebut, kata Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Azhar Othman.

“Dengan memahami latar belakang dan minat kumpulan sasaran, peniaga di sini boleh menawarkan pengalaman dan produk unik yang sesuai dengan kumpulan sasaran ini.

“Memaparkan kreativiti dan inovasi, masyarakat perniagaan tempatan kita boleh mempamerkan khidmat yang mereka tawarkan dalam acara dagangan, katering, fesyen, produk gaya hidup dan banyak lagi.

“Mengambil bahagian dalam gerai ‘pop-up’, pameran atau pasaran khusus yang dikaitkan dengan acara ini membolehkan mereka mendapat pendedahan kepada kumpulan yang dipikat serta memantapkan kedudukan mereka sebagai pemain utama dalam memenuhi permintaan pelanggan antarabangsa,” tambah Encik Azhar.

Jumlah pengunjung ke Singapura dijangka mencecah 12 juta hingga 14 juta tahun ini, dengan industri pelancongan dijangka pulih ke paras sebelum pandemik menjelang 2024.

Pendapatan berhubung pelancongan juga dijangka bertambah kepada antara $18 bilion dengan $21 bilion.

Encik Azhar berkata DPPMS komited untuk membantu memperkasa serta membimbing ahli mereka dalam merebut peluang itu demi pertumbuhan dan kejayaan mereka.

Ini termasuk membina keupayaan dalam pemasaran dan penjualan di dalam talian.

Mewujudkan kehadiran dalam talian yang kukuh, mengoptimumkan keupayaan e-dagang, dan menggunakan pemasaran media sosial boleh meluaskan jangkauan dan keterlihatan syarikat dalam industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Mice) tempatan dengan ketara, tambah Encik Azhar.

“Dengan memanfaatkan kuasa pemasaran digital dan e-dagang, perniagaan ini boleh menarik pelancong, mempromosikan tawaran mereka, dan memudahkan kelancaran urus niaga semasa dan selepas tempoh acara,” ujarnya.

Antara acara bertaraf dunia yang bakal diadakan di Singapura tidak lama lagi ialah perlumbaan Grand Prix Singapura Formula Satu (F1) Singapore Airlines pada 15 hingga 17 September.

Pada 2022, GP Singapura menarik angka rekod 302,000 penonton, termasuk pelancong.

Selain itu, konsert bintang pop Amerika Syarikat, Taylor Swift yang dijadual pada Mac 2024 juga telah memberikan kesan kepada perniagaan di sini.

Pengendali hotel, agensi pelancongan dan syarikat penerbangan memberitahu media setempat mereka telah menyaksikan permintaan yang melonjak bagi tempoh sekitar tarikh konsert Swift itu.

Pemilik syarikat MakBesar Pte Ltd, Cik Haryani Othman berkata acara hiburan besar-besaran seperti itu memang boleh menawarkan peluang kepada syarikat penganjur acara, tetapi perancangan awal perlu diadakan.

“Sebagai penganjur acara, kami perlu memikirkan bagaimana konsert sebegini boleh melengkapkan acara anda dan bukannya menjadi satu pertandingan.

“Jika anda menganjurkan acara pada tarikh yang sama dengan konsert, kehadiran pelanggan sedikit sebanyak akan terjejas.”

Pengarah Operasi, Jualan dan Kewangan, Chill Outz Events and Entertainment, Encik Ishmam Jalil Kamal Rouzie Ali Abdullah berkata acara hiburan seperti itu dapat menambah merit kepada Singapura sebagai sebuah hab atau pentas besar bagi artis antarabangsa dan Asia untuk membuat persembahan.

Namun beliau akur tidak semua syarikat setempat boleh meraih manfaat yang sama kerana demografi pelanggan yang disasarkan mungkin berbeza




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >