Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rundingan untuk jual foodpanda di Asia Tenggara gagal

Feb 22, 2024 | 4:28 PM
Perniagaan di Asia yang merupakan pasaran terbesar Delivery Hero, tidak berkembang sejak sekatan era pandemik Covid-19 dilonggarkan.
Perniagaan di Asia yang merupakan pasaran terbesar Delivery Hero, tidak berkembang sejak sekatan era pandemik Covid-19 dilonggarkan. - Foto ST

SAN FRANCISCO: Syarikat penghantaran makanan Jerman, Delivery Hero, menyatakan rundingan telah gagal mengenai potensi penjualan perniagaan foodpanda miliknya di beberapa pasaran di Asia Tenggara.

Pada 2 Februari lalu, syarikat itu mengesahkan bahawa perbincangan masih diteruskan untuk menjual perniagaannya di Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand dan beberapa negara lain.

Perbincangan tersebut telah berakhir, menurut Delivery Hero pada 21 Februari dalam satu kenyataan.

“Rundingan mengenai potensi penjualan tersebut dihentikan memandangkan pihak (yang terlibat) tidak dapat mencapai persetujuan muktamad mengenai terma perjanjian,” menurut syarikat itu.

Perniagaan di Asia yang merupakan pasaran terbesar Delivery Hero, tidak berkembang sejak sekatan era pandemik Covid-19 dilonggarkan.

Pada September 2023, syarikat itu menyatakan ia sedang mengadakan perbincangan untuk menjual perniagaannya, di bawah jenama foodpanda, di beberapa negara di Asia.

Ia tidak menamakan bakal pembeli dalam rundingan itu.

Sebelum ini, akhbar The Straits Times (ST) melaporkan bahawa majalah perniagaan Wirtschaftswoche kali pertama menyiarkan berita mengenai potensi penjualan perniagaan foodpanda, sambil menyatakan syarikat Grab Singapore mungkin membayar lebih 1 bilion euro ($1.46 bilion) dalam penjualan itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg