Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Samsung bertaruh dengan pengeluaran telefon lipat baru yang lebih nipis

Jul 10, 2025 | 4:02 PM
Model baru dari Samsung, Samsung Galaxy Z Fold 7 dilancarkan di New York, Amerika Syarikat, pada 9 Julai 2025.
Model baru dari Samsung, Samsung Galaxy Z Fold 7 dilancarkan di New York, Amerika Syarikat, pada 9 Julai 2025. - Foto BLOOMBERG

SEOUL: Samsung Electronics melancarkan telefon lipat baru yang lebih nipis dan ringan pada 9 Julai dengan tujuan menandingi persaingan dari syarikat China dalam segmen premium yang masih belum diterokai Apple.

Syarikat Korea Selatan itu kehilangan takhta global dalam pasaran telefon pintar kepada Apple pada 2023 dan menghadapi persaingan yang semakin sengit dari pesaing China seperti Huawei dan Honor.

Sementara itu, perniagaan cip utama Samsung mengalami penurunan keuntungan yang sebahagiannya disebabkan oleh kelewatan bekalan cip kecerdasan buatan (AI) kepada Nvidia.

Presiden dan ketua pegawai operasi Samsung, Encik Choi Won Joon, berkata misi terpentingnya adalah menjadikan Samsung pemimpin dalam telefon pintar berkuasa AI.

“Saya percaya telefon lipat dengan ciri AI sudah siap untuk menjadi ‘mainstream’ dan menawarkan pengalaman yang unik,” katanya.

Beliau berkata Samsung ingin menjadi peneraju dalam AI dengan bekerjasama dengan rakan seperti Google, berbanding Apple yang menggunakan teknologi AI sendiri yang mengalami kelewatan dalam menambah ciri-ciri utama.

Samsung juga melancarkan jam tangan pintar pertama di New York, Amerika Syarikat (AS) dilengkapi dengan pembantu suara AI Google, Gemini, yang memberi cadangan seperti lokasi berlari terbaik.

Samsung berkata pada April bahawa ia akan meneruskan strategi produk premium, kerana tarif AS mengancam untuk menurunkan permintaan dan meningkatkan kos komponen.

Samsung menaikkan harga Galaxy Z Fold 7 di AS kepada US$1,999 ($2,557), meningkat 5 peratus berbanding model sebelumnya, sambil memperkenalkan versi yang lebih murah bagi telefon lipat Galaxy Z Flip 7, Flip 7 FE, pada harga US$899.

Namun, harga tinggi dan kurangnya kegunaan menyebabkan telefon lipat kemungkinan kekal sebagai segmen niche, dengan data dari firma penyelidikan, IDC menunjukkan ia hanya menyumbang 1.5 peratus daripada pasaran telefon pintar.

Firma penyelidikan Canalys meramalkan penghantaran telefon lipat Samsung akan kekal rata atau sedikit menurun pada 2025, sejajar dengan pertumbuhan pasaran yang perlahan.

Data menunjukkan dominasi Samsung dalam segmen ini semakin terhakis oleh Honor dan Huawei, terutamanya di China.

Samsung, yang mengadakan acara pelancaran di New York, akan memberi tumpuan kepada pasaran Amerika, Eropah, dan Korea Selatan. Encik Choi berkata Samsung sedang berusaha untuk membangunkan telefon lipat tiga kali, tetapi belum mendedahkan tarikh pelancaran. -REUTERS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg