Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Samsung mahu turunkan kos telefon bijak berlipat demi bersaing seiring iPhone

Jul 27, 2023 | 02:58 PM



SEOUL: Samsung Electronics sedang mempertimbangkan untuk menambah pilihan mampu milik bagi telefon bijak yang boleh dilipat sebagai langkah mempercepatkan penggunaan faktor bentuk baru.


“Kami cuba membuat lonjakan pada kedudukan harga kami,” kata ketua perniagaan telefon bijak, Encik TM Roh.

“Kami serius mempertimbangkan waktu yang sesuai, tetapi ia satu tugas yang sukar.”

Pembuat telefon bijak terbesar di dunia itu sedang berbincang dengan rakan kongsi bekalan untuk mengurangkan kos pembuatan alat lipat tanpa menjejaskan spesifikasi utama.

Samsung adalah antara pembuat telefon bijak terbesar pertama untuk menawarkan kos alat lipat yang berharga kurang AS$1,000 ($$1,1320) dan produk Galaxy Z Flip berharga AS$999 ($1,323) telah cepat menjadi tawaran paling popular bagi kategori tersebut

Dengan mengurangkan lagi harga, ia akan membantu telefon bijak lipat Samsung bersaing lebih langsung dengan rangkaian iPhone utama Apple, yang bermula daripada AS$799 ($1,058).

Samsung setakat ini sudah memperkenalkan telefon bijak lipatnya sebagai alat premium dan mewah, termasuk bergandingan dengan jenama fesyen, Thom Browne, untuk merangsangkan persepsi mereka sebagai produk mewah.

Kemerosotan pasaran telefon bijak yang lebih luas sejak setahun setengah lalu tidak menghalang peningkatan telefon bijak berlipat.

Anggaran untuk pertumbuhan mereka pada tahun-tahun akan datang berbeza-beza secara meluas: Peramal IDC menjangka hampir 50 juta telefon bijak berlipat dihantar pada 2027, manakala Counterpoint Research meletakkan angka tahun itu pada 100 juta. Counterpoint mempunyai andaiaan bahawa iPhone akan mengeluarkan telefon bijak berlipat dalam tempoh dua tahun.

Strategi dwilandasan Samsung untuk mendorong telefon bijak berlipat perdananya sebagai produk premium sambil mengurangkan kos di peringkat permulaan bertujuan mendapatkan bahagian pasaran utamanya.

Samsung akan berusaha untuk kekal menjadi peneraju telefon bijak berlipat dengan bekerjasama dengan rakan kongsi sofwe seperti Google Alphabet, Meta Platforms dan Microsoft. Ia dalam perbincangan dengan Google dan Microsoft tentang kerjasama berkenaan kecerdasan buatan generatif, kata Encik Roh.

Samsung juga akan terus berusaha mengembangkan sahamnya di China, di mana ia mempunyai 1 peratus di pasaran dan bersandar pada tarikan rangkaian premium, kata Encik Roh. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >