Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sats di landasan betul pulihkan keuntungan

Dec 05, 2023 | 03:59 PM



Syarikat katering dalam pesawat dan pengendali darat, Sats, berkata pada 5 Disember bahawa ia terus berada di landasan yang betul untuk meraih untung – seminggu selepas ia memfailkan notis kerugian tiga tahun berturut-turut.

Kumpulan Sats memberikan respons itu sebagai mengulas beberapa artikel media yang membincangkan notis tersebut, program terbitan hutangnya dalam pelbagai mata wang bernilai AS$3 bilion ($4 bilion), dan kemudahan dua hala tanpa ikatan yang diperolehnya.

Dalam penjelasannya, Sats menyatakan bahawa prestasi kewangannya sejak tiga tahun lalu mencerminkan kesan Covid-19 terhadap perniagaan kumpulan itu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lapor The Straits Times (ST).


Syarikat itu memberi jaminan kepada pelabur bahawa ia terus berada di landasan yang betul untuk meraih semula keuntungan di sebalik pemulihan perjalanan udara di peringkat sejagat, memenangi kontrak baru, kecekapan operasi, serta sinergi yang dicapai melalui penyepaduan dengan pengendali kargo udara, Perkhidmatan Penerbangan Sedunia (WFS).

Sats sekali lagi mengatakan bahawa tiada risiko ia diletakkan dalam senarai pemerhatian Bursa Singapura (SGX), kerana julat permodalan pasaran hariannya sepanjang enam bulan berjumlah $3.9 bilion.

Berdasarkan peraturan penyenaraian SGX, syarikat tersenarai di papan utama SGX akan diletakkan dalam senarai pemerhatian jika ia mengalami kerugian sebelum cukai untuk tiga tahun kewangan berturut-turut, dan gagal mengekalkan julat permodalan pasaran harian sekurang-kurangnya $40 juta dalam tempoh enam bulan lalu.

Mengenai program pembiayaannya, Sats menjelaskan bahawa program terbitan hutang pelbagai mata wang bernilai $3 bilion itu akan memberi kelonggaran kepada kumpulan itu untuk mengakses pasaran hutang sejagat bagi mengoptimum kos pinjamannya melalui tempoh matang yang sesuai.

Sats turut menyatakan bahawa ia terus menjana aliran tunai operasi bersih yang positif disebabkan pemulihan perjalanan udara sejagat, di samping kemajuan baik dalam penyepaduannya dengan WFS.

Kemudahan dua hala tanpa ikatan yang baru diperolehnya juga adalah hasil penyusunan semula kemudahan kredit pusingan WFS sedia ada, yang mempunyai perjanjian yang menyekat.

Sats telah menyusun semula kemudahan itu dengan ING Bank, MUFG Bank, Bank of America dan HSBC untuk membatalkan perjanjian yang menyekat itu, katanya.

Sats turut menjelaskan ia akan terus mengekalkan strategi pengurusan kewangan yang berhemah, di samping memberi tumpuan kepada mencapai prestasi kewangan yang mantap serta meningkatkan nilai pemegang saham.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >