Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sea Limited lantik CEO baru MariBank

Jul 15, 2024 | 3:13 PM
Persaingan dalam ruang perbankan digital Asia Tenggara semakin sengit apabila peserta baru seperti MariBank berebut-rebut dengan penyandang lain bagi menarik pengguna yang semakin celik teknologi di rantau yang mempunyai lebih 650 juta orang.
Persaingan dalam ruang perbankan digital Asia Tenggara semakin sengit apabila peserta baru seperti MariBank berebut-rebut dengan penyandang lain bagi menarik pengguna yang semakin celik teknologi di rantau yang mempunyai lebih 650 juta orang. - Foto MARIBANK

Syarikat pengguna Internet utama dunia, Sea Limited, telah melantik, Cik Natalia Goh, sebagai ketua baru bagi bank digital Singapura milik syarikat itu, MariBank.

Cik Goh, ketua operasi pesaing Sea, Trust Bank, dipilih untuk mengemudi cabang kewangan baru syarikat Internet Asia Tenggara itu.

Beliau menggantikan Encik Zheng Yu Dong, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) unit MariBank, dan Encik Zheng akan menjadi penasihat kepada syarikat berkenaan.

Para eksekutif mengumumkan perubahan tersebut di halaman LinkedIn mereka, lapor agensi berita.

Persaingan dalam ruang perbankan digital Asia Tenggara semakin sengit apabila peserta baru seperti MariBank berebut-rebut dengan penyandang lain bagi menarik pengguna yang semakin celik teknologi di rantau yang mempunyai lebih 650 juta orang ini.

MariBank berada dalam persaingan sengit dengan Trust Bank Standard Chartered dan sebuah usaha niaga yang dimiliki oleh Grab Holdings dan Singtel yang dipanggil GXS Bank.

Bahagian perbankan digital Sea telah menjadi salah satu tiang utama pengembangannya apabila pertumbuhan hasil di bahagian perjudiannya goyah.

Unit e-dagang Shopee kekal sebagai penjana pendapatan terbesarnya.

Cik Goh, mantan pengarah urusan di Standard Chartered, berkhidmat sebagai ketua kad kredit dan pinjaman tidak bercagar di Singapura sebelum menyertai Trust Bank sebagai CEO pada 2022, berdasarkan profil LinkedIn-nya.

Encik Zheng akan berundur selepas dua tahun sebagai CEO MariBank.

Beliau sebelum ini merupakan ketua perbankan digital di SeaMoney dan pernah menjadi ketua strategi pelaburan dan penasihat di Standard Chartered.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg