Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Erti perlindungan insurans sehingga $100,000 bagi simpanan bank anda

Apr 07, 2024 | 05:32 AM



Mulai 1 April, perlindungan insurans ke atas deposit dolar Singapura anda dengan bank runcit dan syarikat kewangan akan dinaikkan kepada $100,000, daripada $75,000 sebelumnya, seperti yang diumumkan September lalu.

Ini bermakna sekiranya bank atau syarikat kewangan gagal, wang anda dilindungi sehingga $100,000 bagi setiap deposit.

Berikut ialah penjelasan mengenai keselamatan wang anda.

1. Apakah Skim Insurans Deposit?


Anda mungkin pernah mendengar perkara ini daripada jurubank anda: “Wang anda dengan bank dijamin sehingga $75,000.” Mulai 1 April, had ini meningkat kepada $100,000. Ini pada asasnya ialah Skim Insurans Deposit (DI).

Semua bank runcit dengan lesen perbankan penuh dan syarikat kewangan adalah anggota skim ini. Ia melindungi deposit sehingga maksimum $100,000 bagi setiap deposit sekiranya bank atau syarikat kewangan gagal.

Pampasan kepada pendeposit akan diberi daripada sumber Dana DI, yang ditadbir Perbadanan Insurans Deposit Singapura (SDIC).

Dana itu dibangunkan daripada premium yang dibayar oleh anggota Skim DI setiap tahun dan hanya boleh dilaburkan dalam aset selamat dan cair, seperti sekuriti yang dikeluarkan oleh pemerintah atau oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), menurut laman web SDIC.

SDIC berkata premium dicaj terhadap institusi berdasarkan peratusan daripada jumlah deposit yang mereka pegang.

Kadar premium adalah berbeza bagi setiap anggota dan bergantung pada risiko yang mereka timbulkan kepada dana.

Menurut MAS, premium tahunan adalah antara 2.5 mata asas (0.025 peratus) dengan 8 mata asas (0.08 peratus) daripada asas deposit yang diinsuranskan.

MAS berkata tidak akan ada semakan pada kadar ini dan anggota Skim DI boleh jangkakan premium mutlak akan meningkat seiring dengan peningkatan dalam asas deposit yang diinsuranskan.

Ia juga berkata Dana DI berada di landasan untuk mencapai saiz dana sasarannya sebanyak 30 mata asas (0.3 peratus) daripada jumlah deposit yang diinsuranskan menjelang 2028.

2. Mengapakah kita perlu menaikkan had insurans deposit kepada $100,000?


Jumlah deposit dalam denominasi dolar Singapura yang dipegang oleh anggota Skim DI telah meningkat sejak had perlindungan kali terakhir dinaikkan kepada $75,000 pada April 2019.

Dengan pertumbuhan dalam deposit ini, hanya 89 peratus pendeposit akan dilindungi sepenuhnya daripada sebarang kegagalan anggota Skim DI, penurunan dua peratusan mata.

Kenaikan dalam had insurans deposit sekali gus akan memulihkan peratusan pendeposit yang diinsuranskan sepenuhnya kepada 91 peratus, selaras dengan norma antarabangsa.

3. Siapa dan apakah yang dilindungi?


Individu dan pendeposit bukan bank seperti milik tunggal, persatuan dan pertubuhan, dilindungi. Deposit dolar Singapura yang layak mendapat perlindungan di bawah Skim DI termasuk akaun simpanan dan semasa, deposit tetap dan wang yang diletakkan di bawah Skim Persaraan Tambahan (SRS).

Semua deposit ini diagregatkan dan diinsuranskan sehingga $100,000 bagi setiap pendeposit.

Sebagai contoh, seorang individu mempunyai agregat $150,000 (simpanan, deposit tetap dan SRS) dengan Bank A, yang gagal.

Individu tersebut akan mendapat kembali $100,000 dan kehilangan baki $50,000 yang tidak diinsuranskan.

Bagi akaun bersama, setiap bahagian pemegang akaun bersama digabungkan dengan deposit lain (simpanan, simpanan tetap dan SRS) yang dipegang atas namanya sendiri. Jumlah agregat deposit diinsuranskan sehingga $100,000.

Setiap pemegang akaun bersama diandaikan mempunyai bahagian yang sama dalam akaun bersama. Secara berasingan, sebarang wang yang diletakkan di bawah Skim Pelaburan Kumpulan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan Skim Jumlah Persaraan CPF diagregatkan dan diinsuranskan sehingga maksimum $100,000.

Pelaburan di bawah Skim Pelaburan CPF tidak diinsuranskan, insurans deposit hanya digunakan untuk mana-mana baki tunai yang terdapat dalam Akaun Pelaburan CPF.

Bagi pemilik tunggal, deposit dalam akaun peribadi dan akaun perniagaan mereka digabungkan dan diinsuranskan sehingga $100,000.

Sebagai contoh, pemilik tunggal mempunyai $50,000 dalam akaun simpanannya dan $80,000 dalam akaun perniagaan. Jumlah gabungannya ialah $130,000. Beliau akan dapat balik $100,000 dan kehilangan $30,000.

4. Apa yang tidak dilindungi?


Skim DI tidak meliputi deposit mata wang asing, deposit berstruktur dan produk pelaburan seperti unit amanah dan saham. SDIC berkata di laman webnya bahawa objektif utama insurans deposit adalah untuk lindungi pendeposit kecil.

Kebanyakan pendeposit kecil ini tidak mempunyai mata wang asing atau deposit berstruktur, tambah SDIC.

Selain itu, produk ini mempunyai ciri pelaburan dan oleh itu pelabur mesti bersedia menerima risiko yang lebih tinggi untuk pulangan yang lebih tinggi.

5. Adakah bank digital termasuk di bawah Skim Insurans Deposit?


Trust Bank, GXS Bank dan MariBank adalah anggota Skim DI. Ini bermakna pelanggan mereka juga akan dilindungi di bawah had DI yang dipertingkatkan, sehingga $100,000 pada 1 April.

Di samping kenaikan ini, MariBank akan tingkatkan deposit maksimum Akaun Simpanan Marinya kepada $100,000.

Ia juga akan melanjutkan tawaran untuk menaikkan kadar faedah ke atas akaun simpanannya kepada 2.88 peratus untuk tiga bulan lagi sehingga 30 Jun.

The Straits Times difahamkan bahawa GXS Bank tidak menaikkan deposit maksimum untuk Akaun Simpanan GXS, yang akan kekal pada $75,000 buat masa ini.


Had deposit Trust Bank telah melebihi $100,000. Had itu kini ditetapkan pada $500,000, antara yang tertinggi dalam pasaran, kata bank digital itu.

Bank itu menambah bahawa pelanggan boleh memperoleh sehingga 3 peratus setahun atas baki deposit sehingga $500,000. Ini termasuk kadar asas 1.5 peratus, kadar bonus baki 0.5 peratus, dan kadar bonus khas antara 0.5 peratus dengan 1 peratus. – ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >