Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Semakan peraturan tidak selesaikan isu bilangan teksi turun

Mar 20, 2024 | 02:29 PM



Perubahan terhadap beberapa keperluan untuk teksi yang diumumkan baru-baru ini akan mengurangkan kos bagi pengendali, tetapi tidak akan mengubah arah aliran bilangan teksi yang semakin berkurangan, kata pemerhati industri.

Platform pengangkutan e-hailing akan terus menjadi dominan, walaupun teksi akan sentiasa memainkan peranan untuk kumpulan penumpang tertentu, tambah mereka.

Peraturan baru bagi sektor pengangkutan dari tempat ke tempat (P2P), termasuk teksi dan kereta sewa persendirian (PHC), diumumkan sewaktu perbahasan Belanjawan Kementerian Pengangkutan pada 5 Mac.

Ini bertujuan untuk “mengurangkan kos operasi teksi, dan merasionalisasikan operasi pemeriksaan untuk teksi dan PHC”, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Amy Khor, ketika mengumumkan langkah itu.

Jangka hayat berkanun teksi bukan elektrik akan dipanjangkan kepada 10 daripada lapan tahun, dan kekerapan pemeriksaan diturunkan kepada sekali setahun daripada sekali setiap enam bulan. Pengendali teksi yang lebih kecil juga tidak lagi diperlukan untuk mengekalkan perkhidmatan tempahan menerusi panggilan.

Namun perubahan itu, kata pemerhati industri, tidak menangani sebab asas kemerosotan bilangan teksi: peralihan dalam keutamaan penumpang kepada tempahan menerusi aplikasi, lapor The Business Times (BT).


Bilangan kenderaan sewa persendirian Singapura mencapai paras tertinggi sebanyak 82,503 pada Februari 2024, meningkat daripada 16,396 pada akhir 2013.

Bilangan teksi telah jatuh kepada 13,620 – kurang separuh daripada angka 27,695 pada 2013.

Pada Januari 2024, teksi yang ditahan di tepi jalan membentuk hanya 12.3 peratus daripada khidmat P2P harian, atau 74,000 daripada purata 601,000 perjalanan sedemikian.

Encik Walter Theseira, profesor madya ekonomi di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), berkata kemerosotan itu adalah kerana pengendali dan pelabur “sekadar membuat kesimpulan bahawa risiko dan pulangan daripada melabur dalam pengembangan kumpulan teksi adalah tidak berbaloi”.

Pemeriksaan yang kurang kerap dan jangka hayat berkanun yang lebih panjang akan mengurangkan kos untuk teksi, tetapi jelas bahawa teksi tidak lagi bersaing dengan PHC, katanya – pandangan yang dikongsi Encik Raymond Ong, profesor bersekutu di Jabatan Awam Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Kejuruteraan Alam Sekitar.

Kedua-dua ahli akademik itu bersetuju bahawa kelebihan daya saing teksi – khidmat tahan di tepi jalan – tidak mencukupi.

“Memandangkan majoriti perjalanan P2P hari ini ditempah melalui aplikasi, dan ini dijangka terus meningkat, dan pada masa yang sama, demografi penuaan yang masih bergantung pada teksi yang ditahan di tepi jalan, saya fikir kelemahan pasaran teksi akan berterusan,” kata Profesor Theseira.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >