Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kepuasan penumpang terhadap khidmat teksi, kereta sewa privet naik pada 2023

Feb 13, 2024 | 4:58 PM
Terdapat peningkatan yang ketara dalam tahap kepuasan bagi masa menunggu dan kemudahan tempahan perkhidmatan teksi dan kereta sewa privet (PHC) pada 2023.
Terdapat peningkatan yang ketara dalam tahap kepuasan bagi masa menunggu dan kemudahan tempahan perkhidmatan teksi dan kereta sewa privet (PHC) pada 2023. - Foto ST

Tahap kepuasan penumpang terhadap khidmat perkhidmatan teksi dan kereta sewa privet (PHC) meningkat pada 2023 berbanding 2022.

Dalam satu kenyataan pada 13 Februari, Majlis Pengangkutan Awam (PTC) berkata tinjauan Kepuasan Pelanggan Khidmat Pengangkutan (PCSS) tempat ke tempat (P2P) 2023 menunjukkan bahawa 96 peratus daripada penumpang ditinjau berpuas hati dengan perkhidmatan teksi dan kereta sewa privet (PHC).

Menurut PCSS, penumpang yang ditinjau memberi markah purata kepuasan 8.2 (daripada 10), peningkatan daripada 8.0 pada 2022.

Terdapat peningkatan yang ketara dalam tahap kepuasan bagi masa menunggu dan kemudahan tempahan perkhidmatan teksi dan PHC.

Purata markah kepuasan untuk perkhidmatan teksi ialah 8.3, meningkat daripada 8.1 pada 2022.

Lapan aspek perkhidmatan – masa menunggu, kemudahan tempahan, maklumat perkhidmatan, keselesaan perjalanan, pengetahuan pemandu tentang laluan, perkhidmatan pelanggan disediakan oleh pemandu, keselamatan, kebolehcapaian perhentian teksi (untuk perjalanan teksi sahaja) – telah diambil kira dalam tinjauan PCSS.

Enam daripada lapan aspek perkhidmatan itu, termasuk kemudahan tempahan dan kemudahan perhentian teksi, mencatatkan peningkatan dalam markah purata kepuasan.

Masa menunggu menyaksikan peningkatan paling ketara daripada 7.1 pada 2022 kepada 8.0 pada 2023; ia juga antara tiga aspek teratas yang dianggap paling penting, bersama dengan keselamatan, dan keselesaan perjalanan.

Untuk perkhidmatan PHC pula, markah purata kepuasan telah meningkat ke 8.1 pada 2023 daripada 7.9 pada 2022.

Sama seperti perkhidmatan teksi, masa menunggu mencatatkan peningkatan terbesar daripada 6.9 pada 2022 kepada 7.5 pada 2023.

Purata markah kepuasan untuk kemudahan tempahan meningkat daripada 8.0 pada 2022 kepada 8.4 pada 2023.

Kededua masa menunggu dan kemudahan tempahan adalah antara tiga aspek yang dianggap paling penting, bersama dengan keselamatan bagi perkhidmatan PHC.

Tinjauan tersebut dijalankan dari 14 hingga 27 Ogos 2023 dan melibatkan 1,500 penumpang teksi dan PHC yang menaiki perkhidmatan tersebut tiga kali atau lebih dalam seminggu, dan telah menggunakan perkhidmatan P2P pada hari yang sama mereka menjawab tinjauan.

Mereka terdiri daripada 590 individu yang menjawab bagi perkhidmatan teksi dan 910 individu yang menjawab bagi perkhidmatan PHC.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg