Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sembcorp Industries batal rancangan jual niaga pengurusan sisa

Jul 26, 2023 | 04:08 PM



Syarikat tenaga Sembcorp Industries telah memutuskan tidak akan menjual perniagaan pengurusan sisa dan loji penghasilan tenaga daripada sisa syarikat itu.

Ia memulakan erbincangan mengenai penjualan SembWaste dan loji itu, tetapi proses itu kini telah dihentikan, menurutnya dalam satu pemfailan bursa pada 25 Julai.

Sembcorp Industries mengesahkan pada 5 Jun bahawa ia sedang menerokai kemungkinan menjual asetnya itu sekitar sebulan selepas Reuters melaporkan bahawa kumpulan ekuiti swasta KKR Amerika Syarikat dan Macquarie Asset Management dari Australia dalam kalangan pembida yang berpotensi bagi aset-aset itu.


Saham syarikat itu mencapai paras tertinggi dalam lapan tahun sebanyak $4.73 selepas laporan Reuters pada Mei itu, walaupun ia akhirnya didagangkan pada nilai lebih rendah; ia tutup pada $4.66 selepas syarikat itu berkata dalam satu pemfailan bursa pada Mei bahawa tiada perjanjian tetap untuk menjual unit pengurusan sisanya.


Sahamnya ditutup 2.9 peratus lebih tinggi pada $5.34 selepas pemfailan pada 5 Jun yang mengesahkan laporan itu dan mengumumkan bahawa perbincangan telah bermula.

Sembcorp berkata pada 5 Jun bahawa penjualan berpotensi SembWaste dan loji penghasilan tenaga daripada sisa adalah sebahagian daripada “daya usaha strategik berterusan untuk memaksimumkan nilai pemegang saham”.

HSBC telah dilantik sebagai penasihat kewangan bagi penjualan berpotensi itu, dan perbincangan awal bersama pihak terpilih telah bermula.

Dengan rancangan penjualan itu dihentikan, Sembcorp berkata dalam pemfailan bursa pada 25 Julai bahawa ia akan terus menyemak portfolionya untuk memastikan kesesuaian strategik dan memaksimumkan nilai pemegang saham.

Saham Sembcorp Industries tutup tidak berubah perubahan pada 25 Julai pada $5.65.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >