Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sembcorp teroka mungkin jual SembWaste

Jun 5, 2023 | 3:34 PM
PERBINCANGAN AWAL: Sembcorp Industries telah memulakan proses untuk meneroka sebarang kemungkinan menjual perniagaan pengurusan sisa dan tenaga daripada loji sisa.
PERBINCANGAN AWAL: Sembcorp Industries telah memulakan proses untuk meneroka sebarang kemungkinan menjual perniagaan pengurusan sisa dan tenaga daripada loji sisa. - Foto SEMBWASTE

SEMBCORP Industries telah memulakan proses untuk meneroka sebarang kemungkinan menjual perniagaan pengurusan sisa dan tenaga daripada loji sisanya, dalam satu pemfailan sebelum pembukaan pasaran saham Singapura pada Isnin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, ia berkata proses tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif strategik berterusannya untuk memaksimumkan nilai pemegang saham.

Ia juga menambah bahawa walaupun perbincangan awal dengan pihak tertentu telah dimulakan, tiada kepastian bahawa sebarang transaksi akan menjadi kenyataan.

Sembcorp berkata ia akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai atau apabila terdapat sebarang perkembangan penting mengenai potensi penjualan itu.

Saham Sembcorp melonjak pada 9.09 pagi apabila dagangan dibuka susuli kenyataan itu, naik 16 sen, atau 3.1 peratus, pada $5.35.

Reuters pada Mei melaporkan bahawa kumpulan ekuiti persendirian Amerika Syarikat KKR & Co dan Pengurusan Aset Macquarie Australia adalah antara pembida berpotensi untuk SembWaste dalam perjanjian yang boleh menilai unit itu sekitar AS$500 juta ($675 juta).

Sembcorp pada Isnin mengesahkan bahawa HSBC telah dilantik sebagai penasihat kewangan bagi potensi penjualan unit itu, seperti yang dilaporkan pada Mei.

Sebelum ini, Reuters juga telah melaporkan bahawa pusingan pertama bidaan yang tidak mengikat dijangka bermula pada awal Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg