Sembcorp Green Hydrogen, anak syarikat milik penuh Sembcorp Industries, telah menandatangani terma perjanjian awal dengan syarikat Jepun, Sojitz Corporation dan Kyushu Electric Power, bagi pembelian ammonia hijau.
Kedua-dua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman pada Disember 2023 untuk meneroka membekalkan Jepun dengan ammonia hijau yang dihasilkan di India.
Pada Khamis, 6 Jun, Sembcorp berkata ia telah mendapatkan tanah di India untuk pembangunan kemudahan itu. Ia juga berkata bahawa ia akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui untuk menghasilkan 200,000 tan ammonium hijau pada awalnya pada setiap tahun di India.
Perjanjian itu dibentangkan di Forum Pelabur Ekonomi Bersih Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik.
Turut hadir dalam acara itu adalah Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Encik Ken Saito; Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, dan Setiausaha Perdagangan Kementerian Perdagangan dan Industri India, Encik Shri Sunil Barthwal.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg