Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sembcorp tandatangani perjanjian bekal kuasa kepada Pusat Data Global ST Telemedia

Oct 2, 2023 | 3:13 PM
PENJANJIAN JANGKA PANJANG: Di bawah perjanjian pembelian kuasa jangka panjang, Sembcorp akan membekalkan pusat data STT GDC sehingga 100 megawat kuasa dalam tempoh lapan hingga 10 tahun.
PENJANJIAN JANGKA PANJANG: Di bawah perjanjian pembelian kuasa jangka panjang, Sembcorp akan membekalkan pusat data STT GDC sehingga 100 megawat kuasa dalam tempoh lapan hingga 10 tahun. - Foto SEMBCORP

Anak syarikat milik penuh Sembcorp Industries, Sembcorp Power, telah menandatangani perjanjian pembelian kuasa jangka panjang (PPA) bersama Pusat Data Global ST Telemedia (STT GDC) untuk membekalkan kuasa kepada pusat data mereka di Singapura.

Induk STT GDC, Singapore Technologies Telemedia, dimiliki penuh oleh syarikat pelaburan Singapura, Temasek, menurut The Business Times.

Di bawah perjanjian itu, Sembcorp akan membekalkan sehingga 100 megawat kuasa kepada pusat data STT GDC dalam tempoh lapan hingga 10 tahun.

Kumpulan itu menjangka kontrak baru bersama STT GDC itu untuk menambah pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Pada Isnin, Sembcorp berkata kontrak tersebut mengukuhkan kedudukan kontrak jangka panjang kumpulan itu di Singapura apabila mereka membina portfolio sedia ada yang terdiri daripada perjanjian pembelian kuasa 18 tahun dengan Micron dan 10 tahun lagi dengan Singtel.

Kededua perjanjian telah diumumkan lebih awal pada 2023.

“Membina portfolio PPA merupakan strategi untuk menawarkan kestabilan pendapatan dan menonjolkan kumpulan itu,” kata Sembcorp.

Saham Sembcorp naik tujuh sen, atau 1.4 peratus, kepada $5.16 pada 9.48 pagi Isnin selepas pengumuman itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg