Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seminar bagi golongan pertengahan kerjaya tambah kemahiran digital, AI

Nov 27, 2025 | 12:00 PM
Seminar sehari yang bertujuan menyokong masyarakat memanfaatkan peluang dalam kecerdasan buatan (AI) dan media sosial bakal diadakan pada 6 Disember 2025 di De Villa @ Centrium. 
Seminar sehari yang bertujuan menyokong masyarakat memanfaatkan peluang dalam kecerdasan buatan (AI) dan media sosial bakal diadakan pada 6 Disember 2025 di De Villa @ Centrium.  - Visual iWealth Hub

Seminar sehari yang bertujuan menyokong masyarakat memanfaatkan peluang dalam kecerdasan buatan (AI) dan media sosial bakal diadakan pada 6 Disember 2025 di De Villa @ Centrium.

Seminar bertajuk UNTUNG Social Media & AI Seminar itu dianjurkan oleh iWealth Hub dengan sokongan Ikon Women Singapore dan De Villa.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada golongan profesional pertengahan kerjaya, pemilik perniagaan, serta individu – khususnya mereka berusia 40 tahun ke atas – yang ingin menambah kemahiran digital atau meneroka peluang pendapatan baharu.

Pihak penganjur berkata pendekatan seminar tersebut sesuai bagi peserta yang tidak mempunyai latar belakang teknikal.

Seminar itu menampilkan lapan penceramah termasuk usahawan media berpengalaman, Encik Sujimy Mohamad; penerbit kandungan, Encik Adi Rahman; jurulatih AI, Cik Dianna Lane; jurulatih perancang kewangan, Dr Abu Ansari, serta personaliti pemasaran digital seperti Cik Haslinda Ali, Cik Mala Ramakrishnan, dan peniaga di TikTok serta pejuang pesakit buah pinggang, Cik Zulinah Guah.

Harga tiket bermula daripada $30 seorang bagi tempahan berkumpulan dan termasuk snek pagi serta bufet makan tengah hari.

Pendaftaran kini dibuka melalui www.usmai.asia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg