Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sentuhan jenama S’pura di hotel lima bintang KL

Dec 8, 2024 | 3:46 PM
Pengasas serta pengarah kreatif Maison Q, Cik Suhana Ab, teruja bekerjasama dengan hotel St. Regis Kuala Lumpur untuk menghiasi restoran dan bilik tetamu hotel tersebut dengan cetakan khas jenamanya.
Pengasas serta pengarah kreatif Maison Q, Cik Suhana Ab, teruja bekerjasama dengan hotel St. Regis Kuala Lumpur untuk menghiasi restoran dan bilik tetamu hotel tersebut dengan cetakan khas jenamanya. - Foto MAISON Q

Pengunjung hotel lima bintang St. Regis di Kuala Lumpur akan mendapati sentuhan jenama Singapura dalam hiasan dalaman di hotel itu dari sekarang hingga Mac 2025.

Di bawah kerjasama dengan jenama pakaian kanak-kanak Maison Q dari Singapura, Restoran Crystal di hotel itu dihiasi dengan cetakan rekaan khas jenama tersebut.

Payung tepi kolam, sarung kusyen, serta hiasan meja di restoran tersebut mengandungi corak cetakan Maison Q, memberikan pengalaman unik kepada tetamu.

Payung tepi kolam, sarung kusyen, dan hiasan meja di Restoran Crystal di hotel St. Regis Kuala Lumpur dihiasi dengan corak cetakan Maison Q.
Payung tepi kolam, sarung kusyen, dan hiasan meja di Restoran Crystal di hotel St. Regis Kuala Lumpur dihiasi dengan corak cetakan Maison Q. - Foto MAISON Q
Tetamu boleh menikmati hidangan daripada menu dipilih susun, ‘The Reversible Menu’, yang diilhamkan daripada konsep pakaian ‘reversible’, atau boleh diterbalikkan, di bawah jenama Maison Q. 
Tetamu boleh menikmati hidangan daripada menu dipilih susun, ‘The Reversible Menu’, yang diilhamkan daripada konsep pakaian ‘reversible’, atau boleh diterbalikkan, di bawah jenama Maison Q.  - Foto MAISON Q

Tetamu boleh menikmati hidangan daripada menu dipilih susun, ‘The Reversible Menu’, yang diilhamkan daripada konsep pakaian ‘reversible’ atau boleh diterbalikkan di bawah jenama Maison Q. 

Selain itu, tetamu boleh menginap di hotel St. Regis dalam bilik yang dihias mengikut tema yang disiapkan lengkap dengan sebuah khemah tepee (berbentuk kon) yang diperbuat daripada fabrik rekaan Maison Q.

Pengasas serta pengarah kreatif Maison Q, Cik Suhana Ab, seakan-akan tidak percaya apabila satu perjumpaan dengan pemilik hotel St. Regis membuka peluang untuknya menghias hotel itu dengan tema yang sinonim dengan jenama syarikatnya.

Setelah mengembangkan sayap ke Malaysia, jenama itu kini meneroka peluang untuk menembusi pasaran negara lain termasuk di Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat.

Laporan lanjut di Muka 5.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg