Ekonomi
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SGX perlu usaha bina permintaan pelabur

Sep 17, 2024 | 2:31 PM
Kenyataan SGX dibuat selepas kumpulan semakan ditubuhkan pada 2 Ogos oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mengukuhkan pembangunan pasaran ekuiti tempatan.
Kenyataan SGX dibuat selepas kumpulan semakan ditubuhkan pada 2 Ogos oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mengukuhkan pembangunan pasaran ekuiti tempatan. - Foto ST

Pasaran saham yang cergas dan cair adalah penting untuk memastikan kejayaan berterusan Singapura sebagai pusat kewangan global dan ia “terbukti” bahawa perniagaan ini memerlukan lebih banyak usaha, kata seorang eksekutif kanan bursa tempatan.

Selain menjana keuntungan untuk Bursa Singapura (SGX), tujuan pasaran saham tempatan adalah untuk berfungsi sebagai pasaran yang dipercayai dan cekap bagi syarikat-syarikat yang sedang berkembang agar sedia mengumpul modal dan maju lebih jauh.

Sekiranya ia gagal membolehkan firma pemodal dan ekuiti privet keluar daripada pelaburan mereka dan menggunakan semula modal yang digunakan, bekalan modal tersebut akhirnya akan kering dan mengancam ekosistem syarikat permulaan yang telah dibina dan dipupuk oleh Singapura sejak beberapa dekad yang lalu.

Itulah inti pati surat pengerusi SGX, Encik Koh Boon Hwee, kepada para pemegang saham dalam laporan tahunan terkini bursa itu bagi tahun berakhir 30 Jun 2024, lapor The Straits Times.

Ia adalah kali pertama dalam tempoh 14 tahun pengerusi itu mengeluarkan surat berasingan daripada ketua pegawai eksekutif dalam laporan tahunan SGX.

“Ada yang mungkin berpendapat bahawa pasaran saham hanyalah satu aspek ekosistem kewangan kita, tetapi ia lebih seperti tonggak.

“Dan kita harus sedar bahawa jika satu tonggak ini goyah, keseluruhannya akan terancam,” tulis Encik Koh.

“Jelas sekali bahawa perniagaan ekuiti tunai kita memerlukan lebih banyak usaha.”

Encik Koh menekankan kepentingan mempunyai pasaran saham cair yang disokong oleh bekalan kukuh syarikat-syarikat yang ingin disenaraikan, serta permintaan yang sepadan daripada pelabur, termasuk pelabur institusi dalam negara.

“Kita mesti belajar menerima ketidaktentuan pasaran dan cabaran sekali-sekala yang datang bersamanya.

“Dengan ketidaktentuan ini datang perdagangan aktif. Dan perdagangan aktif seterusnya meningkatkan kecairan.

“Pasaran yang sangat cair mendorong penilaian, membuka jalan untuk tawaran awam awal,” katanya.

Encik Koh menambah bahawa “perkara ini semuanya saling berkait. Tetapi untuk mencapai perkara ini, kita memerlukan kepelbagaian yang lebih besar dalam jumlah permintaan”.

Kenyataan beliau itu dibuat selepas satu kumpulan semakan ditubuhkan pada 2 Ogos oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mengukuhkan pembangunan pasaran ekuiti tempatan selepas penyenaraian baru jatuh dan terdapat purata volum dagangan harian yang rendah di bursa.

“Jelas sekali bahawa perniagaan ekuiti tunai kita memerlukan lebih banyak usaha.”
Encik Koh Boon Hwee, pengerusi Bursa Singapura (SGX).
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg