Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIA, Garuda perkukuh hubungan dalam usaha perluas ‘sayap’ di Asia Tenggara

May 30, 2023 | 05:55 PM



HONG KONG: Singapore Airlines (SIA) dan Garuda Indonesia sedang mengusahakan pakatan komersial untuk menyelaras tambang dan jadual penerbangan, menurut satu kenyataan bersama oleh kededua syarikat penerbangan itu pada Isnin.


SIA dan Garuda berkata perjanjian itu memperluaskan memorandum persefahaman yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada November 2021 dan berkemungkinan meliputi laluan antara Singapura dan Denpasar di Bali, Jakarta dan Surabaya.

Aturan itu juga merangkumi rancangan melaksanakan inisiatif seperti menyediakan produk tambang bersama dan program korporat.

Perjanjian itu bak satu kemenangan bagi SIA yang sedang meluaskan pengaruhnya di seluruh Asia Tenggara, sedang banyak syarikat penerbangan lain di rantau ini berusaha pulih daripada tekanan kewangan akibat Covid-19.

SIA melakukan perjanjian yang sama dengan Malaysia Airlines pada November 2022 dan satu lagi melalui perkongsian strategik dengan Thai Airways International pada Disember, lapor The Straits Times.


Perkongsian itu akan menyalurkan lebih ramai penumpang dari rantau ini ke penerbangan jarak jauh SIA antara Eropah dan Asia, di samping mengukuhkan peranannya sebagai syarikat penerbangan dominan Asia Tenggara.

Ia juga boleh membantu mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Changi sebagai hab penerbangan utama di rantau ini, lantas menambah nilai kepada Terminal 5 baru yang dijangka mula dibina pada 2025.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Garuda, Encik Irfan Setiaputra, mengalu-alukan perjanjian itu dan berkata perjanjian itu mencerminkan usaha syarikat penerbangan Indonesia itu yang sedang meningkatkan prestasinya sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Encik Goh Choon Phong, berkata hubungan itu juga merupakan komitmen teguh untuk meningkatkan penerbangan antara kedua-dua negara dan rantau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >