Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Saham SIA naik tertinggi berbanding pesaing dunia lain

Jun 14, 2023 | 05:03 PM



Kenaikan nilai saham syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mencapai 32 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu merupakan antara kenaikan tertinggi di kalangan saham syarikat penerbangan sedunia selepas ia mencapai untung rekod tertinggi ekoran permintaan tinggi.

Nilai saham itu kini berada di paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, dengan kenaikan tersebut bertambah pantas pada Mei selepas ia melaporkan pulangan tahunan bersih tertinggi selepas perjalanan antarabangsa dimulakan semula pasca-Covid-19.

Saham SIA merupakan saham berprestasi tinggi disenaraikan dalam Indeks Syarikat Penerbangan Sedunia Bloomberg sejak 13 Mac.

Ia naik melebihi dua peratus pada Selasa, kenaikan secara berturut-turut dalam tempoh 10 hari, tempoh pertumbuhan paling lama sejak 2008.

Pakar yang dihubungi The Straits Times menyatakan mereka menjangkakan keuntungan lebih tingi bagi syarikat itu kerana ia masih berada dalam tahap 45 peratus lebih rendah berbanding rekod tertingginya pada 2000.


“Aliran penumpang masih belum lagi mencapai paras sebelum Covid, dan memandangkan ia kini musim panas, perjalanan antarabangsa di Hemisfera Utara masih baru sahaja bermula,” kata Encik Thilan Wickramasinghe, penganalisis di Maybank Securities.

“Tambahan pula, terdapat pengecualian permintaan perjalanan semakin tinggi dari China pada separuh kedua tahun ini sedang proses pembukaan semula negara itu berterusan.”

Sementara syarikat penerbangan sedunia telah melihat perniagaan mereka bertambah baik secara beransur sejak pandemik tetapi beberapa pelabur semakin berhati-hati terhadap prestasi sektor itu secara keseluruhan.

Ini memandangkan terdapat juga faktor seperti tambang tiket yang tinggi, ancaman kemelesetan ekonomi dan pemulihan China yang tidak menentu.

Sebahagian prestasi baik yang dilihat saham Singapore Airlines mungkin disebabkan tanggapan kelebihannya berbanding syarikat lain.

“Penjenamaan premium yang dilaburkan SIA – seperti menawarkan wifi percuma di semua kelas kabin - sebaiknya membolehkan mereka mempertahankan bahagian pasaran yang ia nikmati, meskipun bilangan penerbangan dari lebih ramai pesaing bertambah tinggi.

“Kumpulan itu agak proaktif dalam memulakan semula kapasiti penerbangan pada tahap awal dan mempunyai kelebihan dari segi staf kerana bilangan staf yang dilepaskan semasa pandemik agak rendah,” kata Encik Wickramasinghe.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >